PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Tuesday, 29 December 2015

Manfaat Contributor

Tuesday, 29 December 2015,1:13 pm


Manfaat Contributor adalah pengecualian bayaran caruman akan datang sekiranya disahkan mengidap sakit kritikal (36 jenis penyakit kritikal) , meninggal dunia atau lumpuh kekal. Ini bermaksud pelan akan menjadi percuma dan menyambung simpanan client secara automatik di mana simpanan akan meningkat secara berterusan. Manfaat-manfaat lain di dalam polisi (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.

Contoh:
Azura telah mencarum sebanyak RM200 sebulan tetapi tiba-tiba disahkan mengidap penyakit kritikal. Semua kos rawatan telah ditanggung sepenuhnya oleh PRUBSN Takaful. Manakala caruman setelah disahkan mendapat menyakit kritikal pula tidak perlu dibayar dan dibayar sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Manfaat lain yang berkaitan adalah: Parent Contributor, Joint Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor.


Parent Contributor
Manfaat ini akan melindungi pembayar (yang menanggung) iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah. Sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal atau meninggal dunia atau lumpuh kekal, caruman akan dibayar oleh PRUBSN Takaful sehingga polisi tamat (umur anak 25 tahun) atau anak meninggal dunia yang masa lebih dahulu. Akan tetapi, sekiranya perkara yang sama terjadi kepada bukan yang menanggung, iaitu ibu di mana yang menanggung adalah bapa dan sebaliknya, tiada pengecualian sumbangan akan diberikan.
Anda layak untuk menyertai Parent Contributor sekiranya anda berumur dari 19 tahun hingga 65 tahun.


Joint Parent Contributor
Manfaat ini sama seperti Parent Contributor. Caruman akan jadi percuma sekiranya salah seorang daripada nama pembayar (bapa atau ibu) tersebut mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal.


Spouse Contributor
Manfaat ini sama seperti Contributor cuma ia akan melindungi sekiranya pasangan client disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal. Manfaat ini penting sekiranya isteri tidak bekerja dan caruman akan jadi percuma sekiranya suami meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal.


Takaful Saver Contributor
Membayar caruman kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal. Manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver di masa akan datang.


Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor 
Sekiranya ibu bapa atau pasangan peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver peserta di masa hadapan.Bayaran manfaat akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Monday, 28 December 2015

Pampasan@Sum Covered

Monday, 28 December 2015,1:16 pm


Pernah tak anda mendengar keluarga menerima pampasan kematian sekiranya ada ahli keluarga yang meninggal dunia? Mesti pernah kan? Selalunya waris keluarga/suami/isteri/anak akan menerima pampasan tersebut sekiranya berlaku kematian atau mendapat cacat kekal. Dalam bahasa takaful, pampasan itu adalah sama maksudnya dengan Sum Covered. Pernahkah anda yang telah memiliki insuran ni check berapa Sum Covered anda? RM20,000? RM30,000? atau RM100,000?

Anda rasa adakah cukup nilai yang anda tinggalkan kepada keluarga anda sekiranya anda ditimpa malapetaka? Ketika saat anda sudah tiada atau tidak mampu lagi un tuk bekerja menyara keluarga, Sum Covered inilah yang akan membantu. Oleh yang demikian, lagi banyak Sum Covered yang anda tinggalkan, adalah lebih baik bagi membatu waris anda meneruskan kehidupan di masa akan datang.

Bagaimana cara untuk anda menentukan Sum Covered anda?

Secara amnya, Sum Covered perlulah mengambil kira keperluan semasa keluarga.

  1. Anggarkan perbelanjaan anda sebulan ataupun gaji bersih/pendapatan anda sekarang.
  2. Darabkan dengan 12 bulan (1 tahun)
  3. Darabkan dengan 10 tahun
RM5000 x 12 x 10 = RM600,000

RM600,000 inilah yang akan waris anda dapat bagi meneruskan hidup bagi 10 tahun akan datang. Dengan duit sebanyak ini, boleh memberi ruang untuk waris anda merancang dan merencana perancangan kehidupan bagi hari-hari mendatang. Dengan duit ini juga boleh dilipat gandakan sekiranya waris anda bijak menyimpan ataupun membuat pelaburan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada pampasan kepada waris anda ataupun jumlah yang ditinggalkan adalah sedikit? Mungkin anda sudah ada jawapannya. Oleh yang demikian, selalulah review polisi anda dan cuba check berapa Sum Covered yang anda sediakan kepada waris anda nanti.


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Sunday, 27 December 2015

Tips Takaful

Sunday, 27 December 2015,9:40 pm


  1. Peruntukkan sekurang-kurangnya 5%-10% dari gaji bulanan untuk Takaful.
  2. Seboleh-bolehnya pastikan Sum Covered atau Hibah yang akan kita tinggalkan itu mencukupi untuk isteri 10 tahun akan perbelanjaan bulanannya.
  3. Semasa kita disahkan mendapat penyakit kritikal tahap 3 dan 4, kita tidak mampu nak membayar caruman tahunan. Jadi pastikan ejen masukkan Waiver dalam Polisi Takaful kita.
  4. Begitu juga jika kita mengambil Polisi Takaful untuk anak-anak pastikan ejen memasukkan "Waiver For Payor" ke dalam polisi kita. Ini kerana jika berlaku kematian, hilang upaya kekal dan sakit kritikal kepada kita sebagai pembayar, caruman tahunan polisi anak kita tidak lagi perlu dibayar dan dilindungi sepenuhnya manfaat ke atas anak kita itu sehingga berumur 25 tahun. (Had umur ini bergantung kepada Syarikat Pengendali).
  5. Pastikan Polisi Takaful kita ada Fungsi Hibah.
  6. Para suami, dalam ruangan Hibah masukkan nama isteri. Jika ada isteri lebih daripada satu boleh juga masukkan semua nama mengikut "percentage". Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku perang saudara selepas itu.
  7. Bagi para isteri, Hibah sila letakkan nama suami kerana bila anda sudah tiada nanti, sekurang-kurangnya suami boleh gunakan wang tersebut untuk pembelajaran anak-anak.

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Tuesday, 10 November 2015

PruBSN Platinum: Beri anda lebih dari yang anda laburkan

Tuesday, 10 November 2015,4:09 pm



[NEW PRODUCT IN TOWN!]

Seperti yang dijanjikan, Produk PruBSN Takaful yang baru telah dilancarkan iaitu PruBSN PLATINUM. Pelan ini memberikan anda lebih dari apa yang anda laburkan.


PruBSN Platinum dilancarkan tepat pada masanya dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu (very volatile market).


Pelan ini menawarkan peluang untuk MENYIMPAN di dalam instrumen yang STABIL dan SELAMAT, dan dalam masa yang sama memberikan PULANGAN PELABURAN yang tinggi!

Dengan PruBSN Platinum, anda boleh memilih untuk melabur hanya 5 tahun tetapi mendapat manfaat pelaburan & perlindungan lebih 20 tahun.

PruBSN Platinum mampu memberikan anda kepuasan melalui faedah seperti berikut:-

1) Instrumen pelaburan yg stabil & selamat

2) Pelaburan jangka pendek 5,10,15 @ 20thn

3) Fleksibiliti pengeluaran (cash payout) sebanyak 2-6% bermula hujung tahun ke-2 hingga tahun ke-10 dan digandakan menjadi 4-12% dari thn ke 11 sehingga matang (berdasarkan nilai perlindungan takaful)

4) Pulangan pelaburan yang tinggi melalui dana-dana patuh syariah

5) Tempoh matang boleh dipilih mengikut kesesuaian - ketika berumur 55, 60, 70 atau 80 tahun

6) Jumlah keseluruhan yang diterima semasa tempoh matang LEBIH daripada apa yang anda SIMPAN

7) Manfaat tambahan seperti upah haji, penyambungan bayar & tambahan perlindungan asas

Pelan ini sesuai bagi mereka yang berniaga sendiri dan tidak mempunyai EPF atau pencen. Selain itu, pelan ini juga sesuai bagi mereka yang ingin mencipta akaun EPF atau pencen kedua.



Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Monday, 26 October 2015

Bagaimana harga Pelan Ditentukan?

Monday, 26 October 2015,11:23 pm

Secara asasnya, harga pelan adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:

Umur
Semakin muda umur anda, senakin sedikit yang perlu anda bayar dan semakin tinggi perlindungan yang anda akan dapat. Sebab itulah, masa yang paling sesuai untuk anda mengambil insuran ialah ketika masih bayi lagi di mana harga yang perlu dibayar adalah rendah. Sementara anda masih muda ini ambillah insuran dan untuk anak-anak anda yang masih kecil tidak rugi sekiranya diberikan perlindungan insuran.

Status merokok
Sekiranya anda adalah perokok, mungkin bayaran bulanan anda sedikit tinggi berbanding yang tidak merokok. Gaya hidup anda mempengaruhi jumlah bulanan yang anda akan bayar. Sekurang-kurangnya anda telah berhenti merokok selama 12 bulan (setahun) semasa apply insuran.


Co-Takaful/Full Coverage
Co-Takaful adalah perkongsian kos rawatan antara pengendali/syarikat dan peserta di mana peserta perlu bayar 10% daripada jumlah bil rawatan. Oleh yang demikian, bayaran bulanan rendah sedikit berbanding peserta yang mengambil Full Coverage (dibayar sepenuhnya oleh PruBSN).

Risiko pekerjaan
Pekerjaan yang mempunyai risiko yang besar akan menyebabkan bayaran bulanan anda adalah tinggi contohnya bekerja di tengah lautan dan sebagainya.

Jenis Pelan
More benefit + higher cover value= Higher payment.

Tahap Kesihatan
99% peluang anda tidak boleh apply insuran jika anda ada kanser dan penyakit kronik. Adalah lebih baik anda ambil insuran sebelum anda sakit. Sekiranya dah sakit, kemungkinan besar untuk lulus permohonan adalah susah. Masa ini, anda nak bayar RM1000 sebulan pun belum tentu dapat. Dah ada insuran? Kalau belum cepat2 mohon sebelum penyakit datang menjengah dahulu. Bila dah sakit dan perlukan kos rawatan yag tinggi, masa tu kami tak dapat lagi nak bantu anda.


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Pelan Co-Takaful

,10:04 pm


Co-Takaful adalah perkongsian bayaran kos rawatan antara pengendali/syarikat takaful bersama peserta di mana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful. Berbeza dengan Kad Perubatan (Medical Card) yang tiada co-takaful, 100% kos rawatan akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful.

Pelan Co-Takaful ini dengan bahasa mudahnya menggunakan konsep perkongsian pembayaran bil hospital, manakala untuk Full Coverage , bil rawatan dibayar sepenuhnya oleh syarikat/pengendali.

Untuk Pelan Co-Takaful, anda perlu membayar 10% daripada bil hospital sehingga maksimum RM2000 dan minimum RM400 sahaja.


Kes 1:
Sebagai contoh, bil hospital adalah RM2,000. Anda perlu bayar 10% daripada bil hospital RM2,000 iaitu RM200. Oleh kerana bayaran minimum adalah RM400, anda perlu bayar RM400. Selebihnya sebanyak RM1,600 dibayar oleh PruBSN.

Kes 2:
Bil hospital adalah RM50,000 dan perlu bayar 10% iaitu RM5,000. Oleh kerana bayaran maksimum adalah RM2000, anda hanya perlu bayar RM2000 sahaja dan selebihnya PruBSN yang akan bayar.



Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785


Friday, 23 October 2015

Deposit Kemasukan Ke Hospital

Friday, 23 October 2015,1:33 pm

Anda pernah dimasukkan ke hospital? Berapakah bayaran deposit yang perlu anda bayar? Sekiranya pernah ada pengalaman dimasukkan ke hospital anda pasti tahu yang setiap kemasukan dikenakan bayaran deposit. 

Berikut adalah senarai deposit yang perlu dibayar untuk kemasukan ke hospital. Yang mana satu pilihan anda? Cuba perhatikan berapakah deposit yang perlu anda bayar sekiranya anda tidak mempunyai insurans? Kalau dalam keadaan terdesak mana nak cari duit sebanyak itu...
Pilihan di tangan anda. Perlukan maklumat lanjut?


p/s : Deposit pada setiap kemasukan ke hospital adalah berbeza mengikut hospital

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Wednesday, 21 October 2015

Rawatan penyakit kritikal dengan Kad Perubatan (Medical Card)

Wednesday, 21 October 2015,1:42 pm


Kanser atau barah adalah merupakan salah satu penyakit kritikal. Tidak kira sama ada anda adalah lelaki atau perempuan, miskin atau kaya, muda atau tua, kanser boleh menyerang bila-bila masa. Biasanya kanser terdapat 4 peringkat/tahap. Bagi pengidap kanser masih ditahap 1 dan 2, masih boleh meneruskan rawatan dan adakalanya bebas kanser selepas membuat pelbagai rawatan di hospital ataupun secara tradisional. 

Walaubagaimanapun, bila penyakit kanser sudah sampai di tahap 3 dan 4, ianya menandakan penyakit sudah sampai di tahap kritikal.

Bagaimana MEDICAL CARD berfungsi ketika anda mendapat penyakit kritikal?

Sekiranya penyakit anda di tahap 1 dan 2, anda boleh menggunakan medical card untuk membiayai kos rawatan di hospital sehingga anda bebas dari penyakit tersebut. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kos rawatan untuk kanser adalah mahal. Biasanya kos adalah antara RM40,000 hingga RM400,000.00 bergantung kepada tahap penyakit tersebut.


Sekiranya penyakit anda sudah ditahap 3 dan 4 anda akan dibayar dengan sejumlah pampasan bagi meringankan beban. Jadi, sudahkah anda mempunyai medical card? Sekiranya belum, saya nasihatkan anda supaya mengambil medical card sementara anda masih sihat kerana sekiranya anda sudah disahkan mengudap penyakit terutamanya penyakit kritikal, medical card sudah tidak boleh dimohon lagi. Fikir-fikirkan.


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Tuesday, 20 October 2015

HealthEnrich: Senarai Perlindungan Komplikasi Kehamilan

Tuesday, 20 October 2015,5:42 pm



Sebagai pemegang Kad Perubatan HealthEnrich Premier, Advanced dan Select, anda dilindungi sekiranya mengalami komplikasi kehamilan yang berlaku semasa peringkat antenatal,semasa bersalin atau selepas kelahiran anak. Antara senarai komplikasi kehamilan adalah:

Pembekuan Intravaskular
Penggunaan pembeku darah yang berlebihan menyebabkan pendarahan teruk 

Kehamilan Ektopik (Ectopic Pregnancy)
Kehamilan luar rahim

Hydatidiform Mole
Kehamilan anggur/molar 

Pendarahan Postpartum memerlukan histerektomy
Pendarahan teruk selepas bersalin yang memerlukan pembuangan rahim

Eklampsia
Sawan ketika mengandung 

Embolisme Pulminori semasa mengandung
Darah beku tersumbat di dalam salur darah di peparu 

Embolisme cecair amniotik
Air ketuban terperangkap di dalam salur darah

Toksemia semasa mengandung
Tekanan darah tinggi serta kehadiran protein di dalam urin ketika mengandung


Manfaat ini hanya boleh digunakan kepada wanita yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun. Tempoh menunggu bagi manfaat ini adalah 365 hari selepas tarikh polisi. Manfaat ini termasuk bilik dan penginapan, pembedahan, rawatan sebelum dan selepas yang diperlukan bagi komplikasi kehamilan berikut.


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Sunday, 18 October 2015

Gemuk tak boleh apply medical card?

Sunday, 18 October 2015,1:40 pm



Adakah anda mengalami masalah berat badan yang kritikal? Adakah anda sudah dilindungi? Sekiranya jawapan anda adalah anda mengalami masalah berat badan dan dilindungi, anda akan mengalami kesukaran untuk apply medical card. Kenapa? Jom baca sambil renung-renung2kan.

  1. Medical card hanya sesuai diambil oleh anda yang sibat tubuh badan. Apa kena mengena dengan berat badan? Orang yang ada masalah berat badan atau GEMUK berisiko untuk mendapat menyakit.
  2. Perlu buat MEDICAL CHECKUP. Kalau dah buat medical checkup semua akan diperiksa dan mungkin boleh jumpa macam-macam penyakit. Walaupun ada melepasi medical checkup mungkin permohonan anda
          a) Diterima tetapi loading. Anda perlu bayar lebih
          b) Diterima tetapi exclusion. Mungkin ada beberapa manfaat yang tidak boleh diambil ataupun                company tak boleh nak offer.
          c) Tidak diterima langsung (declined)
          d) Posponed (kena tunggu lama dan perlu turunkan berat badan dahulu baru apply).

So nasihat saya, amalkan gaya hidup sihat untuk kekal sihat dan turunkan berat badan sekiranya anda mengalami masalah berat badan. Apply mecidal card sementara anda masih sihat. Perlu diingat, permohonan medical card tidak terus boleh digunakan tetapi ada waiting period yang perlu anda tunggu.

# sekurang-kurangnya berat adalah di bawah 100kg.


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Friday, 16 October 2015

Income Replacement: Permudahkan waris anda

Friday, 16 October 2015,7:24 pm


Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita mempunyai medical card kerana medical card memang diperlukan buat masa kini bagi membolehkan kita mendapatkan rawatan di hospial pakar dengan cepat tanpa perlu menunggu. Ada juga yang tidak endah dengan kepentingan medical card kerana beranggapan company tempat bekerja boleh cover kos perubatan, ada simpanan yang banyak, boleh pergi ke hospital kerajaan dan tak akan sakit selamanya.



Tetapi bagaimana pula sekiranya kita ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja seperti biasa? Hilang pendapatan kerana ada penyakit kritikal. Ataupun kematian suami (biasanya kalau suami meninggal dan isteri tidak bekerja akan menyebabkan hidup susah) ataupun berlaku penceraian. Anak-anak ramai tetapi suami tidak memberi nafkah untuk hidup. Mungkin kita tak pernah terfikir semua ini akan terjadi pada kita tetapi adalah lebih baik kita bersedia dengan segala kemungkinan. Sudah pasti kita tak nak isteri, anak2 dan keluarga kita menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita. Sekurang-kurangnya kita menyediakan sesuatu yang bermakna kepada mereka untuk terus hidup. Dan di sinilah pentingnya ada INCOME REPLACEMENT. Di PruBSN Takaful tidak hanya tertumpu kepada medical card tetapi juga INCOME REPLACEMENT.

Saya nak share bagaimana INCOME REPLACEMENT ini membantu anda.

Contoh kes kematian/lumpuh (tidak boleh bekerja):
  • Katalah kes ini berlaku pada Januari 2014. Apabila mati waris akan mendapat RM540k.
  • Adalah disyorkan kepada waris guna RM40k daripada RM540k untuk menyara hidup untuk Januari 2014-Desember 2014. Pendapatan sebulan adalah lebih kurang RM3300.
  • Ada baki RM500k dan saya sarankan waris laburkan di mana-mana saluran atau medium kewangan supaya mendapat dividen. Terpulang medium kewangan yang anda rasakan sesuai.
  • Katakanlah dividen yang anda dapat daripada hasil pelaburan tersebut adalah 10% setahun, maksudnya pelaburan ini menjana pendapatan RM50k setiap tahun.
  • Anda tidak perlu risau kerana anda mampu menjana RM50k setiap tahun bermula tahun 2015 asalkan anda tidak usik RM500k tadi.
  • RM50k setahun adalah bersamaan dengan RM4166 sebulan.
Pampasan yang waris terima ini sekurang-kurangnya dapat membantu waris meneruskan hidup dan merancang kewangan untuk tahun-tahun setersunya. Waris perlu bijak menggunakan duit pampasan yang diterima bagi terus menjana pendapatan.

Jangan biarkan waris yang tinggal hidup melarat. Pilihan di tangan anda. Semiga perkongsian saya ini mendapat manfaat kepada anda. Sekiranya inginkan maklumat lanjut. boleh hubungi saya.

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Produk Baru : PruBSN PLATINUM

,2:32 pm

[New product ~ PruBSN PLATINUM]

♦️Sesuai utk org yg takde pencen

♦️Sesuai utk org yg nak create pencen kedua

♦️Sesuai utk org yg nak bayar kejap je (5 tahun) tp akan dicover sampai umur 80

***Akan dilancarkan tidak lama lagi. Nantikan manfaat produk baru ini dari kami tidak lama lagi.


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Monday, 12 October 2015

Borang Kaji Selidik

Monday, 12 October 2015,2:38 pm

Sila lengkapkan Borang Kaji Selidik berikut bagi membolehkan kami berkongsi maklumat berkaitan produk dan kebaikan PruBSN Takaful. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat di atas perkongsian berikut. Anda boleh hubungi saya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan:


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Monday, 5 October 2015

Kenapa tak boleh claim?

Monday, 5 October 2015,6:28 pm

Kenapa tak boleh claim? Prudential penipu?

Jom saya terangkan kenapa ada sesetengah tuntutan tidak boleh dituntut. Anda perlu fahami dulu baru membuat penilaian.

Polisi Lapsed
Anda terlupa membayar sumbangan? Pernah semak akaun bayaran? Polisi tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut. Bayaran perlu dijelaskan setiap bulan bagi mengelakkan polisi anda lapsed.

Manfaat tiada di dalam polisi
Sudahkah anda semak polisi secara terperinci? Benarkah semua musibah dilindungi seperti diperkatakan? Anda perlu menyemak secara teliti sebelum menandatangani polisi dan faham betul-betul. Sekiranya tidak faham, anda boleh mendapatkan penerangan lanjut daripada agen anda.

Exclusion

a. General Exclusion 
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang mengambil polisi samaada lelaki atau perempuan, sihat atau sakit.

b. Spesific Exclusion
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya yang telah mengiap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insuran.


Non-Disclosure
Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu cliect pernah sakit atau mendapat rawatan tetapi tidak dinyatakan dalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan.

Waiting Period
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa. Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa baru manfaat dilindungi.

Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Kad Perubatan untuk anak sebelum atau selepas kelahiran?

,4:58 pm

Anak adalah anugerah tuhan. Kelahirannya memang dinantikan. Namun, tidak semua bayi itu dilahirkan sempurna. Ada yang dari lahir telah diuji dengan penyakit. Ada juga yang dilahirkan sihat walafiat. Alhamdulillah. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda wajar menyediakan perlindungan buat si manja. Umum memang tahu, bayi mudah untuk terkena penyakit. Tidak salah rasanya untuk anda bersedia dari awal lagi iaitu sebelum kelahiran untuk perlindungan si manja dengan menyediakan kad perubatan (medical card).

Timbul pula persoalan, adakah perlu disediakan kad perubatan sebelum atau selepas kelahiran? Sepertimana yang telah saya ceritakan di dalam post yang sebelum ini, pelan SmartLink boleh dimiliki seawal 20 minggu dalam kandungan. Biasanya bayi di dalam kandungan berisiko untuk lahir pramatang dan mendapat penyakit sejak lahir. Berikut adalah penerangan ringkas sekiranya polisi di ambil sebelum dan selepas kelahiran.

PRAMATANG

Bayi yang dilahirkan kurang daripada usia kandungan 36 minggu adalah PRAMATANG.

Sekiranya permohonan polisi diambil SELEPAS LAHIR, permohonan hanya boleh dilakukan pada usia anak berusia 2-3 tahun. Kelulusan bergantung pada tahap kesihatan anak. Risiko lain adalah sepanjang 2-3 tahun bermacam-macam penyakit boleh dihidapi bayi.

Polisi yang diambil SEBELUM LAHIR (polisi SmartLink diambil semasa dalam kandungan), bermakna anak anda telah memiliki kad perubatan dan dapat mengelakkan menunggu tempoh 2-3 tahun selepas kelahiran. Anak anda boleh guna manfaat kad perubatan seperti bayi lahir normal dan tertakluk kepada waiting period selama 120 hari bermula usia 15 hari bayi.


PENYAKIT KONGENITAL (PENYAKIT SEJAK LAHIR) 

Jika  polisi  Takaful SmartLink  ingin diambil  selepas lahir, TIADA penawaran  polisi  diberikan oleh syarikat atau pemilikan polisi SANGAT SUKAR.

Jika  polisi  Takaful Smartlink  diambil  semasa  dalam kandungan,  anak kecil  ini masih layak diberi  kad perubatan dengan pengecualian terhadap penyakit kongenital yang ada.


Cara memohon

Dokumen yang diperlukan ialah:
  1. Borang O&G dan dilengkapkan oleh doktor O&G. Kos akan dibayar oleh PruBSN Takaful.
  2. Borang permohonan dan salinan kad perkahwinan.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa. (Depan dan belakang).

Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Sunday, 4 October 2015

Pengecualian Kad Perubatan (Medical Card)

Sunday, 4 October 2015,7:45 pm


Medical Card Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan. 
    (a) Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kardiovaskular 
    (b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari 
    (c) semua penyakit telinga , hidung (termasuk sinus) dan tekak  
    (d) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele  
    (e) Endometriosis termasuk penyakit melibatkan pembiakan  
    (f) Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.

3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula Orang Yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, Lasik dan penggunaan alat prostetik dan perubatan.

5. Penyakit-penyakit pergigian termasuk rawatan atau pembedahan oral pada gigi asli kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.

6. Pembedahan eksperimen atau prosedur-prosedur elektif disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan, pembedahan atau penyakit.

7. Penjagaan peribadi, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, AIDS, HIV, semua penyakit kelamin yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

8. Apa-apa rawatam atau pembedahan yang dijalankan untuk keadaan sejak lahir termasuk penyakit keturunan.

9. Rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan mengandung atau bersalin dan komplikasi, jagaan pranatal atau postnatum kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil dan keguguran, menggugurkan kandungan, apa-apa kaedah kawalan kelahiran kontraseptif, rawatan berkaitan ketaksuburan atau disfungsi erektif dan impoten.

10.Pemeriksaan perubatan rutin, kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan/pengimejan diagnostik yang tidak berkaitan dengan hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan, ubat atau pemeriksaan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan atau pencegahan secara amnya dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan seperti sleeve gastrectomy.

11. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan sendiri disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

12. Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh sebarang tindakan peperangan, pelanggaran mana-mana atau cubaan melanggar undang-undang atau untuk menentang penangkapan, penyertaan secara langsung dalam rusuhan, mogok dan kekecohan awam.

13. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear atau apa-apa bahan nuklear.

14. Belanja yang ditanggung oleh penderma atau orang yang dilindungi untuk menderma mana-mana  organ tubuh dan semua kos pemerolehan organ dan komplikasinya.

15. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan, terapi penggantian hormon, sel induk, terapi oksigen hiperbarik, perundingan dan rawatan penjagaan kaki, khidmat kiropraktik, terapi aroma dan apa-apa rawatan pilihan yang lain.

16. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

17. Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk.

18. Perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan termasuk dan tidak terhad kepada televisyen, telefon, perkhidmatan jalur lebar, bil elektrik, radio atau kit kemasukan kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil.

19. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan, sukan berbahaya, penerbangan udara selain daripada anak kapal atau penumpang yang membayar tambang, atau pesawat komersial berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi pada laluan berjadual tetap.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks atau tranformasi jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu.

22. Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan atau caj-caj yang ditanggung selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785


PruBSN SmartLink

,12:44 pm

PruBSN SmartLink adalah satu pelan bijak untuk masa hadapan anak anda. Pelan ini juga berfungsi di mana satu pelan sumbangan berkala berkaitan pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini menganugerahkan kecemerlangan akademik melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Anda boleh juga mengambil pelan ini ketika anda hamil lebih 20 minggu dalan kandungan.

PruBSN SmartLink  melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini, anak anda akan diberikan perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dengan Extra Basic, perlindungan akan diberikan sehingga dilahirkan.

Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care. Rider ini akan melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir dan perlindungan yang sama akan diberikan untuk setiap kelahiran.

Bonus Imuninasi sebanyak RM200 akan diberikan selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.

Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider Baby Care bersama Pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.

Berikut adalah manfaat-manfaat yang terdapat di dalam Pelan ini:



PruBSN SmartLink menyumbang ke arah pendidikan anda dengan menganugerahkan anak anda dengan Bonus EduSmart (Tertakluk kepada Terma dan Syarat). Lebih tinggi sumbangan dalam pelan ini, lebih tinggi anugerahnya.



Tuntutan Bonus EduSmart boleh dibuat dengan cara berikut:
  1. Pastikan bayaran sumbangan anda terkini.
  2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan asal anak anda.
  3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
  4. Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anak anda

Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785


PruBSN FirstLink

,12:10 am


Mulakan langkah pertama anda dengan PruBSN FirstLink. PruBSN FirstLink ini meraikan pencapaian di dalam kehidupan anda melalui ciri uniknya, Bonus AchieveFirst. Sesuai jika anda berumur antara 19 hingga 25 tahun. Bonus Archievefirst  adalah sebanyak RM500. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, anda boleh memilih supaya pelan anda matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.



Tuntutan untuk Bonus Archievefirst boleh dibuat dengan cara berikut:

Bonus Archievefirst boleh dituntut sekali seumur hidup salah satu peristiwa di bawah terjadi selepas 3 tahun sijil dimulakan.



Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Saturday, 3 October 2015

Polisi takaful sebagai hantaran kahwin era baru

Saturday, 3 October 2015,11:46 pm


Tidakkah anda terfikir untuk memberikan polisi insuran kepada pasangan anda sebagai hantaran kahwin. Apa kata anda jadikan ia satu kenyataan. Kalau sebelum ini kita hanya memberikan beg, baju, jam dan sebagainya sebagai hantaran kahwin, tukar kepada polisi insuran. Dengan adanya polisi insuran, pasangan anda akan dilindungi dan mendapat manfaat sekiranya anda ditimpa musibah. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini , adalah satu langkah bijak dengan menyertakan polisi insuran sebagai hantaran.



Ingin tahu lebih lanjut berkaitan produk-produk PruBSN Takaful? Sila hubungi saya untuk mendapatkan penerangan terperinci. Sekiranya anda tidak berminat, tidak mengapa. Saya boleh share something yang berguna untuk anda di masa hadapan.


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Friday, 2 October 2015

PruBSN Link Series

Friday, 2 October 2015,8:17 pm


PruBSN Link Series bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan kerjaya, mula berkeluarga, seterusnya keluarga mula berkembang dan akhir sekali selepas persaraan. Sejak lahir lagi, perlindungan adalah penting sehinggalah anda mencapai umur persaraan. Di PruBSN Takaful, kecemerlangan di dalam peperiksaan dan di alam universiti, anda dihargai.



Terdapat tiga (3) jenis Link Series iaitu:
  1. PruBSN FirstLink       - dari umur 19 tahun hingga 25 tahun
  2. PruBSN TakafulLink  - dari umur 26 tahun hingga 70 tahun
  3. PruBSN SmartLink     - dari umur 1 tahun hingga 18 tahun/20 minggu dalam kandungan


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Tuesday, 29 September 2015

Senarai Hospital Pakar Panel Prudential BSN Takaful

Tuesday, 29 September 2015,1:57 pm

Senarai Hospital Pakar Panel Prudential BSN Takaful


Selangor/Kuala Lumpur
  1. Prince Court Medical Centre *
  2. KPJ Selangor Specialist Hospital (Selangor Medical Centre)
  3. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital 
  4. KPJ Tawakal Hospital
  5. Pantai Hospital Kuala Lumpur
  6. Sentosa Medical Centre
  7. Pantai Indah Medical Centre
  8. Tung Shin Hospital
  9. Hospital Pusrawi
  10. Assunta Hospital
  11. Gleneagles Hospital Kuala Lumpur *
  12. Subang Jaya Medical Centre
  13. Sri Kota Medical Centre
  14. KPJ Kajang Specialist Hospital 
  15. Sunway Medical Centre *
  16. Tawakal Hospital
  17. KPJ Damansara Specialist Hospital
  18. Pantai Hospital Ampang
  19. Pantai Hospital Klang
  20. Institut Jantung Negara 
  21. DEMC Specialist Centre *
  22. Columbia Asia Medical Centre, Puchong
  23. Sri Kota Specialist Hospital
  24. Tropicana Medical Centre *
  25. ParkCity Medical Centre
 Johor
  1. Medical Specialist Hospital
  2. KPJ Johor Specialist Hospital *
  3. Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) 
  4. Puteri Specialist Hospital
  5. Hospital Pantai Batu Pahat
  6. Kempas Medical Centre 
  7. Hospital Penawar
  8. Kluang Utama Specialist Hospital
  9. Regency Specialist Hospital
  10. Columbia Asia Hospital- Nusajaya

Melaka
  1. Putra Specialist Hospital (Melaka) 
  2. Hospital Pantai Ayer Keroh
  3. Mahkota Medical Centre *
Negeri Sembilan 
  1. Columbia Asia Medical Centre,Seremban
  2. Nilai Cancer Institute
  3. KPJ Seremban Specialist Hospital
  4. Senawang Specialist Hospital
Perak
  1. Pantai Hospital,Ipoh
  2. Apollo Medical Center
  3. Fatimah Hospital
  4. KPJ Ipoh Specialist Hospital
  5. Columbia Asia Hospital Taiping
  6. Taiping Medical Centre
Penang
  1. Gleneagles Medical Centre *
  2. Penang Advertist Hospital
  3. Lam Wah Ee Hospital
  4. Loh Guan Lye Specialist Centre
  5. Bagan Specialist Centre
  6. KPJ Penang Specialist Centre 
  7. Pantai Hospital Penang
Kedah
  1. Metro Specialist Hospital
  2. Pantai Hospital Sungai Petani
  3. Kedah Medical Centre
Kelantan
  1. Hospital Universiti Sains Malaysia (USM)
  2. KPJ Perdana Specialist Hospital
  3. Kota Bharu Medical Centre *
Terengganu
  1. Kuala  Terengganu Specialist Hospital 
Pahang
  1. Kuantan Medical Centre
  2. Kuantan Specialist Hospital 
  3. Darul Makmur Medical Centre
Sabah
  1. Sabah Medical Centre
  2. Rafflesia Medical Centre
  3. Damai Specialist Centre
Sarawak
  1. Normah Specialist Medical Centre
  2. Rejang Medical Centre
  3. Timberland Medical Centre
  4. Columbia Asia Hospital, Bintulu
  5. Columbia Medical Centre , Miri
  6. Kuching Specialist Hospital *
  7. Sibu Specialist Medical Centre
* Prefered Hospital 


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Tuesday, 8 September 2015

Situasi 1: Ovarian Cancer

Tuesday, 8 September 2015,4:32 pm

Situasi:

Pn siti berumur 28 thn. Period tak teratur dan selalu period pain. Satu hari ditakdirkan sakit yang keterlaluan. Pergi klinik buat checkup. Klinik refer ke hospital. Diagnos kt hospital pulak. Doktor sahkan ovarian cancer.

Perlu rawatan segera. Kos rawatan RM80,000.00. Perlu sediakan duit dalam 3 bulan. Check duit cuma ada RM3,000.00. Card credit limit RM5,000.00. Simpanan lain cuma RM10,000.00. Scroll contact dlm phone. Ada 500 list friends. Minta pinjaman dan sumbangan. Hanya 50 org yang tolong. Dapat kutip RM2,000.00. Masih perlukan RM60,000.00.

Pn siti buntu dan sakit semakin teruk. Duit tidak cukup dan bantuan yang diterima tidak seberapa. Keluar masuk hospital semakin kerap. Baru terdetik untuk ambil insurans. Tapi semuanya telah terlambat....



Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

PruBSN UmmahLink

,4:14 pm

PruBSN UmmahLink

Adakah anda ingin menunaikan Umrah/Haji? PruBSN UmmahLink adalah jawapan untuk persoalan anda! PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.
1. Pampasan kematian
2. Simpanan Haji
3. Medical card jika mahu
4. Cash setiap 2 tahun
5. Pampasan critical illness
6. Upah haji
7. Khairat kematian
8. Nilai tunai

Anda boleh buat perbandingan sekiranya anda membuat simpanan di PruBSN UmmahLink.



Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Tanda-tanda kanser

,4:09 pm

Segeralah membuat pemeriksaan kesihatan sekiranya anda mengalami tanda2 berikut. Bertindak sebelum terlambat. Lindungilah diri dan keluarga anda bagi memastikan anda dan keluarga anda tidak terbeban.



Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

PruBSN Employee Benefit

,4:06 pm




Ada Company sendiri?
Ada staff at least 5 orang?

Boleh sign up PruBSN Employee Benefit
Benefit :-
1. Pampasan meninggal
2. Pampasan hilang upaya kekal
3. Pampasan penyakit kritikal
4. Khairat kematian
5. Income untuk family yg akan dibayar selama 10 tahun
Minimum benefit :-
1. Pampasan meninggal RM20,000
2. Pampasan hilang upaya kekal RM20,000
3. Pampasan penyakit kritikal RM10,000
4. Khairat kematian N/A
5. Income untuk family yg akan dibayar selama 10 tahun RM2,000/setahun
Maksimum benefit :-
1. Pampasan meninggal RM500,000
2. Pampasan hilang upaya kekal RM500,000
3. Pampasan penyakit kritikal RM250,000
4. Khairat kematian ADA
5. Income untuk family yg akan dibayar selama 10 tahun RM50,000/setahun
Annual contribution lebih kurang RM100 (ikut umur dan pakej). ANNUAL ye. Bukan monthly. Murah kan?


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Prudential: Tempoh Menunggu (Waiting Period)

,1:55 pm

Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Walaubagaimanapun, bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Berikut adalah penerangan ringkas Tempoh Menunggu dan Tempoh Menunggu dikira dari tarikh "cover date".
Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku. Sekurang-kurangnya anda telah merancang bagi diri sendiri dan keluarga. Pilihan di tangan anda.

Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Kos rawatan penyakit di Malaysia

,1:52 pm

Kalau ada antara anda yang masih tak tahu berapakah kos untuk penyakit-penyakit di Malaysia, berikut adalah anggaran kos penyakit di Malaysia. Mungkin dari tahun ke tahun kos berikut akan meningkat. Persoalannya, adakah kita mampu untuk membayar sekali gus sekiranya kita dimasukkan ke hospital? Kalaupun kita ada duit simpanan lebih dari kos yang dikenakan, tidakkah simpanan kita akan menyusut? Fikirkan. Bertindak sekarang. Malang tidak berbau. Mungkin hari ini kita sihat, esok lusa siapa tahu kan?


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

36 senarai penyakit KRITIKAL

,1:48 pm

Penyakit KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas tarikh polisi seperti yang ditetapkan di dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah polisi ini.
Berikut adalah senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi di dalam polisi:


1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

Untuk maklumat lanjut berkaitan definasi penyakit, boleh hubungi nombor yang tertera. Terima kasih.


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...