PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Friday 23 February 2018

Perlu ke pampasan penyakit kritikal sedangkan saya sudah ada medical card yang unlimited?

Friday 23 February 2018,3:10 pm


Perlu ke pampasan penyakit kritikal sedangkan saya sudah ada medical card yang unlimited?

Jom kita tengok senario bagi tiga wanita tersebut bagi menjawab persoalan di atas.

Ini adalah kisah 3 wanita iaitu Lina, Kaisara dan Hannan. Ketiga-tiga nya didiagnos dengan penyakit kritikal kanser rahim dan memerlukan rawatan kimoterapi yang memerlukan mereka mengeluarkan kos untuk bil rawatan di hospital.


SENARIO 1 : LINA
Medical card limit RM200,00 setahun - Ada
Pampasan penyakit kritikal - Tiada

SENARIO 2 : KAISARA
Medical card limit RM200,00 setahun - Tiada
Pampasan penyakit kritikal - Ada

SENARIO 3: HANNAN
Medical card limit RM200,00 setahun - Ada
Pampasan penyakit kritikal - Ada


Dalam situasi ini, Lina tidak perlu risau bil bagi rawatan kimoterapi kerana PruBSN akan membayar bil hospital. Tetapi, Lina akan risau dan pening kepala untuk membayar komitmen lain seperti sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik dan lain-lain kerana tidak ada duit tunai di tangan. Gaji pun dah tiada kerana telah dibuang kerja. Simpanan yang ada semakin menyusut.

Bagi Kaisara pula, mungkin akan mengalami kesukaran untuk membayar bil rawatan di hospital tetapi ada pampasan penyakit kritikal RM200,000 yang PruBSN akan bayar dalam akaun dia. Sekurang-kurangnya Kaisara ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Jadi bil rawatan tidaklah mahal sangat. Daripada pampasan RM200,000 itu boleh digunakan untuk membayar bil api, air, ansuran rumah, ansuran kereta dan boleh bayar juga untuk bil rawatan di hospital.

Hannan paling bernasib baik kerana bil rawatan kimoterapi menggunakan medical card PruBSN. Tunai di tangan daripada pampasan penyakit kritikal RM200,000 yang PruBSN masukkan dalam akaun boleh digunakan untuk membayar komitmen harian/bulanan/pelaburan dan simpanan.

Anda berada di dalam senario mana pula? Anda perlu pastikan anda melindungi penyakit kritikal dan pastikannya mencukupi. Jangan lupa semak semula polisi kerana keperluan kita semasa ambil insuran dulu tidak sama dengan keadaan sekarang. Jadilah sebijak Hannan. :)

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785 
Takaful Consultant
IG: suebeleza 

Lindungi Penyakit Kritikal

,2:03 pm

Cuba lihat senario berikut dahulu sebelum saya mulakan posting ini.

"Alisya bekerja sebagai pengurus di salah sebuah syarikat dan mempunyai gaji yang besar dan mampu untuk memiliki rumah dan kereta idaman. Baru-baru ini Alisya telah didiagnos dengan penyakit buah pinggang setelah mengesan beberapa tanda yang mencurigakan pada sistem badannya. Penyakit buah pinggang ini memerlukan Alisya untuk membuat dialisis sebanyak 3 kali seminggu di mana pada setiap hari perlu memperuntukkan 4 jam untuk dialisis. Kos untuk satu kali rawatan dialisis adalah RM200 dan bermakna perlu menyediakan lebih kurang RM3,000 sebulan termasuk ubat."

Senario di atas adalah salah satu contoh penyakit kritikal. Ada tiga penyakit kritikal yang utama menyerang iaitu jantung, kanser, stroke, kencing manis dan buah pinggang. Apabila didiagnos dengan penyakit kritikal, pendapatan akan terjejas kerana terpaksa membayar kos rawatan, selalu mengambil cuti sakit atau dimasukkan ke hospital.

Mengikut 'The Asean Cost in Oncology Study (action) 2015, dalam masa 1 tahun selepas didiagnos dengan kanser dan rawatan, pesakit kanser di Malaysia
  • 46% menggunakan simpanan peribadi
  • 39% tidak mampu membayar untuk kos perubatan
  • 22% tidak mampu membayar untuk sewa @ mortgage
  • 19% tidak meneruskan rawatan
Bagaimana pula selepas 2 tahun? 3 tahun? Adakah pesakit kanser masih mampu untuk meneruskan kos perubatan?

Pada tahun 2012 pula, sebanyak 37,000 kes kanser dilaporkan dan dijangka sebanyak 56,932 pada tahun 2025.

(Sumber: malaysiakini.com, thestar.com.my)

***********************************
Bagi penyakitt buah pinggang pula, sebanyak 30,000 orang menjalani rawatan dan bilangan ini bertambah antara 5,000 hingga 6,000 setahun. (sumber:www.thesundaily.my/news/968646).


Kos untuk pesakit buah pinggang yang memerlukan 13 rawatan sebulan adalah:
  • RM2,756 tanpa subsidi kerajaan
  • RM2,106 dengan subsidi kerajaan
  • RM30,000 diperlukan setahun
(sumber :the star online terbitan 7 November 2013)

*********************************

Berdasarkan fakta dan senario di atas, apakah persediaan anda sekiranya anda diuji dengan penyakit kritikal? Adakah anda telah bersedia dengan perlindungan dari penyakit kritikal? Sekiranya tiada adakah anda mampu mendapatkan bantuan dari pihak lain? Sekiranya ada, cukupkah perlindungan yang disediakan itu? 

Jumlah perlindungan yang mencukupi adalah penting kerana ada ketikanya kita sudah tidak mampu untuk bekerja dan mungkin juga telah dipecat oleh majikan. Bila sudah tidak lagi bekerja, pendapatan juga akan terjejas.

Berapakah cadangan perlindungan penyakit kritikal yang diperlukan? Sama seperti pampasan kematian,
  • Anggarkan perbelanjaan sebulan ataupun pendapatan sekarang
  • Darabkan dengan 12 bulan (1 tahun)
  • Darabkan dengan 10 tahun
  • RM5000 x 12 x 10= RM600,000
Pampasan penyakit kritikal ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yang terjejas. Cuba semak polisi anda sekarang dan pastikan mencukupi. 

Bila masa yang perlu untuk anda ambil perlindungan ini? Jawapannya, sementara anda masih sihat, muda dan tidak ada banyak komitmen kerana caruman adalah lebih murah semasa umur anda masih muda. Untuk adik-adik yang baru bekerja, jangan berlengah lagi untuk menyediakan perlindungan untuk keluarga dan diri sendiri.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785 
Takaful Consultant
IG: suebeleza 

Monday 19 February 2018

Tips Pengurusan Gaji

Monday 19 February 2018,5:33 pm



Bagi yang baru mula bekerja,  pengurusan gaji adalah penting. Kesilapan dalam menguruskan gaji akan menyebabkan kita berbelanja lebih daripada pendapatan yang kita dapat setiap bulan. Tak dinafikan, kadangkala kita terlalu ghairah berbelanja sehinggakan terlupa ada perkara yang kita perlu dahulukan sebelum berbelanja. Banyakkanlah membaca dan mencari ilmu berkaitan pengurusan kewangan dan tidak ada istilah terlambat untuk memulakan.

Pada penulisan kali ini saya nak  berkongsi sedikit beberapa tips pengurusan gaji. Tips ini saya ambil daripada penulisan saudara Azizul Azli Ahmad.


10% Simpanan Tetap
Ini sangat penting sebab duit inilah yang akan bantu kita masa kecemasan, persediaan persaraan dan lain-lain. Untuk permulaan memang susah sedikit sebab duit simpanan tetap ini kita kena pastikan tidak dikeluarkan dan paling penting bertekad untuk konsisten tiap-tiap bulan. Berapa simpanan yang perlu? Sekurang-kurangnya 10% daripada gaji dan kalau simpan lebih adalah lebih baik. Contohnya, gaji anda adalah RM3,000 sebulan. Jadi, jumlah simpanan adalah RM300 sebulan.

10% Takaful
Pastikan anda dan pendapatan anda dilindungi sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diundang. Sekurang-kurangya keluarga kita tidak terbeban dan dapat menyelesaikan hutang kita sekiranya ditakdirkan kita meninggal dunia atau tidak mampu bekerja. Pastikan perlindungan yang kita ambil itu tidak membebankan iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Jumlah perlindungan yang diperlukan adalah untuk menampung  hidup 10 tahun akan datang. Ambillah perlindungan semasa anda masih muda kerana caruman bulanan masih murah.

Contoh:
  1. Anggarkan perbelanjaan anda sebulan ataupun gaji bersih/pendapatan anda sekarang.
  2. Darabkan dengan 12 bulan (1 tahun)
  3. Darabkan dengan 10 tahun
RM5000 x 12 x 10 = RM600,000
Berapa perlu bayar untuk sebulan? Bergantung pada umur. Lagi muda umur lagi murah dan risiko ada penyakit pun kurang. Sementara belum ada komitmen dengan ada anak isteri lebih baik mulakan menabung dalam tabung takaful. Hati pun tidak risau sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada kita.

5% Amalan Baik
Sedekah, beri sumbangan pada orang yang memerlukan. Percayalah dengan sedekah tidak akan membuatkan kita miskin malahan akan digandakan rezeki kita. The Power Of Sedekah. Jika ada lebih boleh peruntukkan 2.5% untuk zakat.

5% Hiburan
Duit gaji bukanlah perlu untuk simpanan sahaja. Perlu juga reward diri sendiri kan selepas penat bekerja.

5% Pendidikan
Pendidikan bukan setakat ambil Ijazah, Master sahaja. Kita mungkin memerlukan ilmu-ilmu lain untuk peningkatan kerjaya dan taraf hidup dan menghadiri seminar-seminar.

10% Simpanan Pelaburan
Bila dah bekerja, ada keluarga kita mesti mengimpikan untuk membeli aset seperti rumah, kereta dan lain-lain aset untuk pelaburan pada masa akan datang.

55% Perbelanjaan
Semua yang berkaitan perbelanjaan bulanan termasuk dalam tabung ini seperti bayar bil, hutang rumah, hutang kereta, pergi klinik, minyak kereta, pengangkutan, makan dan lain-lain belanja.

Jom kita mulakan sekarang. Masih belum terlambat untuk bermula selagi kita ada kesedaran untuk menabung.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785 
Takaful Consultant


Monday 12 February 2018

Promosi Februari 2018

Monday 12 February 2018,1:49 pm



Berita baik kepada semua pelanggan yang melanggan mana-mana pelan PruBSN bersama SUZIANA PRUBSN TAKAFUL. Ada promosi Februari 2018 yang melayakkan anda untuk menerima CASH BACK bernilai RM50.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Melanggan mana-mana pelan PruBSN dari 1 Februari hingga 28 Februari 2018.
2. Bayaran sumbangan minima adalah RM150 sebulan.

Ada TAMBAHAN!
Bagi pelanggan yang membuat pembayaran untuk SETAHUN, anda layak untuk mendapat CASH BACK tambahan lagi RM50. Wowww.

Jangan lepaskan peluang promosi ini.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785 
Takaful Consultant
IG: suebeleza 
 

Sunday 11 February 2018

PruBSN Anugerah

Sunday 11 February 2018,4:57 pm

     
PruBSN Anugerah adalah satu pelan untuk kelangsungan hidup keluarga. Ada 3 manfaat tambahan (rider) pada PruBSN Anugerah ini iaitu:

1. Income Protector (Bagi melindungi pendapatan hidup)
    Membayar manfaat tahunan apabila orang yang dilindungi:
  • didiagnos dengan Penyakit Kritikal sebelum tamat tempoh pilihan asas, atau
  • mengalami TPD sebelum umur 70 tahun sehingga umur tamat tempoh atau kematian orang yang dilindungi, yang mana berlaku terdahulu
   Manfaat Income Protector
  • Menggantikan aliran pendapatan bagi kelangsungan ekonomi keluarga
  • Menyediakan sumber untuk sumbangan masa hadapan bagi pelan PruBSN Anugerah
  • Jumlah perlindungan yang disyorkan bagi Income Protector adalah sekurang-kurangnya 3 kali ganda daripada sumbangan tahunan (untuk melindungi sumbangan bagi masa hadapan selepas TPD/CI)
2. Crisis Protector (Bagi melindungi pendapatan hidup)
  • Membayar Jumlah Perlindungan apabila orang yang dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal sebelum mencapai umur tamat tempoh pelan asas yang dipilih
  • Selain daripada Tempoh Menunggu 30 hari dan 60 hari untuk tuntutan Penyakit Kritikal, Crisis Protector mempunyai syarat Survival Period tambahan selama 30 hari
  • Jumlah perlindungan Crisis Protector hanya akan dibayar jika orang yang dilindungi masih hidup selama 30 hari daripada tarikh diagnosis Penyakit Kritikal tersebut
3. Medic Protector (Membantu dengan keperluan perubatan)  

Berikut adalah ciri-ciri Medic Protector (Ciri-ciri yang dikekalkan daripada HealthEnrich+)
  • 2x Had Tahunan (Apabila didiagnos Kanser, Serangan Jantung atau Kegagalan Buah Pinggang)
  • SmartSaver300/perlindungan penuh(RM300/RM0 Deduktibel)
  • Pembedahan Harian
  • Komplikasi Kehamilan (8 keadaan dilindungi)
  • Transplan Organ (6 organ dilindungi)
  • Elaun Rawatan
Ciri-ciri baru
  • Tiada Had Seumur Hidup (kecuali untuk Rawatan Kanser dan dialisis Buah Pinggang pesakit luar)
  • Had Seumur Hidup Tinggi bagi Rawatan kanser, dan dialisis Buah Pinggang pesakit luar (RM750,000 sehingga RM2,000,000)
  • Manfaat Imunisasi Haji/Umrah
  • Manfaat Hospital Kerajaan
Jadual Manfaat Medic Protector

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785 
Takaful Consultant
IG: suebeleza 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...