PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Thursday, 27 April 2017

Kenapa perlu semak polisi insuran?

Thursday, 27 April 2017,1:41 pm


Policy Review

Ramai antara kita tidak peka dengan polisi insuran yang kita dapat selepas kita sign up. Ada antara kita yang menyerahkan bulat-bulat pada agen tanpa mendengar sepenuhnya penerangan agen berkaitan kandungan di dalam polisi anda. Semakan polisi insuran adalah penting kerana setiap orang lain keperluannya. Sekiranya  agen anda menghubungi anda dan ingin membuat review pada polisi anda, jangan abaikan. 

Berikut adalah perkara kenapa anda perlu semak polisi insuran anda:

1. Pernahkah anda menyemak berapa jumlah perlindungan anda? Mungkin ada antara anda mempunyai polisi insuran pada umur yang muda dan masih belum berkahwin dan jumlah perlindungan anda pada masa itu adalah untuk keperluan anda masa tersebut. Sekiranya anda telah berkahwin, anda perlu memikirkan jumlah perlindungan yang lebih tinggi kerana telah mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak. Anda perlu memikirkan sekiranya anda telah tiada, berapa yang keluarga anda perlukan untuk 10 tahun akan datang.

2. Bila umur semakin meningkat, risiko untuk mendapat penyakit adalah tinggi. Sila pastikan anda juga dilindungi sekiranya anda mendapat penyakit kritikal. Bila anda mendapat menyakit kritikal, anda tidak dapat bekerja seperti biasa dan biasanya anda akan kehilangan punca pendapatan.

3. Pastikan anda menyemak siapa PENAMA atau PENERIMA HIBAH. Perlu diingat, sekiranya anda meletakkan penama, pembahagian secara faraid perlu dilaksanakan (bagi yang beragama ISLAM) dan sekiranya meletakkan sebagai penerima hibah, pampasan itu terus akan diberikan kepada nama yang dihibahkan. Dikhuatiri nanti, selepas berlaku kematian terdapat perebutan harta dan sebagainya. Anda juga perlu memaklumkan kepada ahli keluarga siapa penama atau penerima hibah bagi mengelakkan kekeliruan.

4. Keperluan setiap orang berlainan. Bayar hanya pada yang perlu mengikut keperluan anda. Keperluan si A mungkin tidak sama dengan si B. Jangan salahkan pihak insuran sekiranya ada perkara yang tidak di cover. Itulah pentingnya anda sendiri faham polisi yang telah anda beli dan faham setiap keperluan anda. Sebagai contoh, sekiranya pekerjaan saya 24 jam di atas jalan dan risiko untuk saya mendapat kemalangan adalah tinggi, saya akan pastikan saya ada benefit untuk kemalangan atau sebaliknya.

Kesimpulannya di sini, anda perlu menyemak polisi insuran anda selari dengan peningkatan umur, risiko penyakit, gaya hidup keluarga  dan sebagainya. Jangan abaikan agen anda sekiranya mereka mencadangkan policy review. Kenalpasti apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Hibah VS Wasiat

,12:48 pm


Apa itu HIBAH TAKAFUL?

Hibah adalah pemberian, sedekah atau hadiah berjumlah wang pampasan kepada seseorang setelah kita meninggal dunia tanpa melalui kiraan FARAID  dan harta pusaka. Antara kepentingan hibah adalah 
  1. Aset tunai tinggi untuk yang tersayang
  2. Menyelesaikan hutang yang ditinggalkan
  3. Mengelak perebutan harta
  4. Tidak boleh dituntut oleh waris yang lain
  5. Tiada kos guaman dan mahkamah
  6. Pembahagian mengikut hasrat pemberi
Kenapa hibah adalah penting?

Tahukah anda sekiranya berlaku kematian, semuanya akan dibekukan dan tidak boleh dipindah milik iaitu rumah, akaun bank, simpanan, ASB/ASN, hartanah, tabung haji, KWSP, kad kredit dan lain-lain. Dan berdasarkan rekod, terdapat RM67 billion harta pusaka terbeku. Di sinilah kepentingan dengan adanya hibah. Duit atau harta yang dibekukan membuatkan waris anda sukar untuk meneruskan kehidupan. Dengan hibah ini waris anda akan dapat aset tunai dengan cepat sementara menunggu proses pengagihan harta selesai.

Contoh konsep HIBAH adalah seperti berikut:

Contoh 1
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 100%
Dihibahkan kepada : Isteri

Sekiranya berlaku kematian, maka isteri akan menerima RM100,000 tanpa perlu difaraidkan dengan cara yang terbaik adalah dengan membuat Surat Pengisytiharan Hibah. Surat Pengisytiharan Harta ini mesti didokumentasikan agar ia menjadi bukti sah dan kuat.

Contoh 2
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 25% setiap seorang anak
Dihibahkan kepada : 4 orang anak
Nilai dihibahkan setiap anak: RM25,000

Sekiranya berlaku kematian, maka anak akan menerima nilai hibah mengikut % yang telah ditentukan mengikut kemahuan si bapa. Jika jumlah perlindungan Takaful yang diambil berjumlah RM1,000,000 caruman yang dibayar oleh peserta takaful tersebut adalah lebih kurang 3% sahaja daripada perlindungan RM1,000,000 tersebut setiap tahun.

Takaful adalah satu bentuk ikhtiar yang mudah,murah,cepat dan pasti dalam pembentukan harta pusaka.

Kelebihan yang paling nyata hibah takaful adalah harta pusaka melalui takaful ini ialah apabila berlaku kematian, jumlah polisi (RM1,000,000) tidak akan dibekukan. Menurut akta takaful, mana-mana waris yang dinamakan dalam Surat Pengisytiharan Harta sebagai penerima hibah akan mendapat tunai secara segera untuk meneruskan kehidupan mereka.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Tuesday, 25 April 2017

Hibah Takaful

Tuesday, 25 April 2017,10:29 pm




Berdasarkan post saya yang sebelum ini saya dah terangkan berkaitan Hibah. Kali ini saya nak terangkan bagaimana hibah itu berfungsi.

Cuba lihat gambarrajah di atas. Safwan adalah seorang suami. Beliau telah mengambil PELAN HIBAH untuk isteri tersayang berjumlah RM200,000 dan membayar sebanyak RM100 sebulan. Jika mengikut perkiraan, sekiranya Safwan menyimpan sebanyak RM100 sebulan, setahun akan menjadi RM1,200 dan simpanan Safwan untuk 10 tahun adalah RM12,000.

Ditakdirkan Safwan meninggal dunia selepas 10 tahun dan meninggalkan isteri dan 3 orang anak. Kemudian agen takaful telah memberikan cek bernilai RM200,000 kepada isteri Safwan. Ini bermakna isteri Safwan mempunyai dana tambahan untuk menyara diri dan 3 orang anak.

Nampak atau tidak kepentingan hibah takaful ini? Sekiranya Safwan hanya membuat simpanan tanpa mengambil pelah hibah untuk isterinya, bagaimana untuk isteri dan 3 orang anaknya untuk meneruskan hidup dengan simpanan yang sedikit itu? Sekurang-kurangya, dengan cek bernilai RM200,000 itu membolehkan isteri Safwan meneruskan hidup dan membuat pelaburan bagi menambah dana.

Dah ada HIBAH TAKAFUL untuk keluarga? Cukupkah simpanan yang anda tinggalkan untuk keluarga? Sila check sekarang. Tinggalkanlah keluarga anda dengan menjadi jutawan bukan menyelesaikan hutang anda.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Meninggal Mengejut

,10:01 pm

Meninggal Mengejut

Yang hidup pasti mati tapi tak tahu bila mati.

Selalu tak dengar tentang meninggal mengejut? Biasanya orang yang meninggal mengejut ni kita tau dia tak ada sakit apa2 pun. Tiba2 pengsan dan disahkan meninggal. Kita tak jangka pun. Macam tu jugak yang mati kemalangan. Elok je kita nampak hari ni, esok dah tak ada. So memang mati ni tak ada yang tahu masanya bila....

Apa persediaan kita?

Kalau kita dah berkeluarga, ada anak isteri, apa jaminan kita bila kita dah tak ada terutama isteri yang mmg harapkan 100% pendapatan kita?

Simpanan? Ya. Itu salah satu persediaan kita. Kalau tiba2 kita 'pergi' dan waris kita dapat 1 juta, apa yang mereka boleh buat dengan duit tu? Banyak yang boleh dibuat ye. Boleh buat pelaburan, simpanan, perbelanjaan bulanan, anak2 dan sebagainya. Berapa lama masa untuk kita menyimpan untuk dapat 1 juta tu?

Dah sediakan perlindungan dan hibah untuk keluarga? Kalau belum fikir lagi. Bertindak sekarang!

                                            ✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
 Suziana 012-6888 266 
 Nizam 012-7787 785 
 Takaful Consultant 
 IG: suebeleza

Monday, 24 April 2017

Apa itu Kecacatan Kekal atau Total Permanent Disability (TPD)

Monday, 24 April 2017,3:59 pm


Kecacatan Kekal atau Total Permanent Disability (TPD) adalah satu keadaan yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

Di dalam polisi Prudential BSN Takaful, TPD adalah berbeza bagi 3 kategori umur iaitu:


1. Bagi yang berumur bawah 16 tahun
Seseorang yang memerlukan penjagaan SECARA BERTERUSAN sama ada di rumah atau di hospital

2. Bagi yang berumur antara 16-60 tahun
Seseorang yang tidak lagi mampu untuk bekerja untuk mendapat pendapatan dan kehilangan anggota badan.

3. Berumur 61 tahun dan ke atas
Seseorang yang tidak mampu untuk melakukan sekurang-kurangnya 3 aktiviti harian seperti memakai baju, turun atau naik ke kerusi roda, pindah dari bilik je bilik, mandi sendiri, makan sendiri dan pengawalan pembuangan air kecil dan besar.


Total Permanent Disability (TPD)


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
 Suziana 012-6888 266 
 Nizam 012-7787 785 
 Takaful Consultant 
 IG: suebeleza

Friday, 31 March 2017

Cara PruBSN Platinum Beri Ganjaran

Friday, 31 March 2017,12:48 pm




Tahukah anda bahawa sekitar 4/5 pekerja di Malaysia bimbang tidak memiliki wnag yang secukupnya untuk meneruskan hidup ketika persaraan?

Tahukah anda 1/5 rakyat Malaysia yang bersara melaporkan mempunyai pendapatan yang jauh lebih sedikit daripada sebelum mereka bersara.


Jadi, daripada kebimbangan tersebut, 

Bagaimana jika anda boleh menikmati percutian, jaminan yuran pendidikan anak-anak anda atau menunaikan Haji atau Umrah tanpa sebarang kerisauan?

PruBSN Platinum memberikan bayaran tunai tahunan setiap tahun bermula dari penghujung tahun sijil ke-2. Bayaran tunai tahunan digandakan mulai penghujung tahun sijil ke-11 dan seterusnya. Semua ini bagi memenuhi segala impian dan kehidupan yang anda inginkan.


Bagaimana jika anda boleh mempunyai lebih banyak wang semasa anda bersara?

PruBSN Platinum membolehkan anda mempunyai kuasa membeli di usia emas menerusi manfaat matang pada umur 55,60,70 atau 80 tahun. Ia juga membolehkan anda menikmati potensi pulangan melalui pelaburan daripada rangkaian dana Takafulink yang terulung di pasaran.


Bagaimana jika anda boleh mengurangkan tempoh bayaran dan menikmati manfaat sama lebih lama?

PruBSN Platinum direka secara unik bagi membolehkan anda membayar hanya selama 5 tahun minimum, tetapi menikmati manfaat sehingga umur maksimum 80 tahun. 


Bagaimana jika anda boleh memastikan masa hadapan yang terjamin buat yang tersayang sebelum anda meninggalkan mereka?

PruBSN Platinum melindungi anda sekiranya kehilangan nyawa atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) dengan perlindungan asas. Ini membantu menyediakan sokongan yang diperlukan buat keluarga untuk meneruskan kehidupan. Ia juga menggandakan perlindungan jika berlaku kehilangan nyawa atau TPD akibat kemalangan sebelum berumur 70 tahun. Anda juga boleh meningkatkan perlindungan nyawa daripada serendah RM300,000 dengan rider Term Protector.


Oleh yang demikian, rancanglah persaraan anda dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan  keluarga tersayang.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
 Suziana 012-6888 266 
 Nizam 012-7787 785 
 Takaful Consultant 
 IG: suebeleza

 

Monday, 20 March 2017

Fakta Mengenai Kanser, Sakit Jantung dan Buah Pinggang

Monday, 20 March 2017,2:09 pm


Penyakit kanser, jantung dan buah pinggang adalah penyakit yang sangat kita geruni. Tetapi hakikat sekarang adalah, penyakit ini sudah seperti biasa di kalangan masyarakat kita dan tidak mengira umur. 

Pernah pada masa saya menemani suami di PPUM, nurse di PPUM menceritakan bahawa pesakit paling muda yang membuat dialisis adalah berumur 7 tahun. Ini adalah gara-gara ibu bapa kanak-kanak ini memang meletakkan air gas di dalam peti sejuk untuk kanak-kanak ini. Dalam erti kata lain, nak mudah. Nak air ambil sahaja dalam peti ais tanpa memikirkan risiko. Cuba bayangkan, dari umur 7 tahun dah melalui kesakitan menjalani dialisis dan kos yang tinggi setiap bulan. Dianggarkan sebanyak 30,000 rakyat malaysia sedang menjalani dialisis dan bilangan ini meningkat sebanyak kira-kira 5,000 hingga 6,000 setiap tahun. Pusat dialisis tidak pernah sunyi dengan pesakit buah pinggang. Pesakit buah pinggang perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan termasuk ubat.

Bagi penyakit jantung pula, pada Mei 2014, kematian disebabkan oleh Koronari Penyakit Jantung di Malaysia mencapai 29,363 atau 23.10% daripada jumlah kematian. Kadar kematian yang diselaraskan umur adalah 150,110 bagi setiap 100,000 penduduk meletakkan Malaysia berada di kedudukan 33 dalam dunia.



Bagaimana pula dengan penyakit kanser?

Pada sesuatu masa, terdapat kira-kira 90,000 hingga 100,000 rakyat Malaysia yang hidup dengan kanser. Secara puratanya perempuan adalah 55% dan lelaki adalah 45%. Mengikut kajian, satu daripada empat rakyat Malaysia akan mengidap kanser apabila mereka berumur 75 tahun.

Selepas cuma satu tahun diagnosis dan rawatan kanser, sebanyak:
  1. 46% telah menggunakan simpana peribadi mereka
  2. 39% tidak mampu membayar perubatan
  3. 22% tidak mampu membayar sewa atau membeli rumah
  4. 19% perlu memberhentikan rawatan

Purata kos perubatan bagi ketiga-tiga penyakit tersebut adalah:
  1.  Penyakit kanser - RM18,000 hingga RM300,000
  2.  Penyakit jantung - RM10,000 hingga RM30,000
  3.  Penyakit buah pinggang - RM150,000 dan ke atas

Berdasarkan fakta berikut, apakah persediaan anda atau ahli keluarga sekiranya ditakdirkan mendapat penyakit ini? Apakah persediaan dari segi kewangan agar anda dan keluarga tidak terbeban dengan kos rawatan dan sebagainya?

HealthEnrich+(HE+) adalah pelan yang pertama menawarkan GANDAAN HAD TAHUNAN untuk kanser, sakit jantung dan buah pinggan. Dengan HE+ juga terdapat elaun rawatan untuk radioterapi, kemoterapi, dialisis buah pinggang dan penjagaan susulan kardiologi (untuk pesakit jantung).

Sumber: www.thestar.com.my, www.thesundaily.my


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
 Suziana 012-6888 266 
 Nizam 012-7787 785 
 Takaful Consultant 
 IG: suebeleza



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...