PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Tuesday 29 December 2015

Manfaat Contributor

Tuesday 29 December 2015,1:13 pm


Manfaat Contributor adalah pengecualian bayaran caruman akan datang sekiranya disahkan mengidap sakit kritikal (36 jenis penyakit kritikal) , meninggal dunia atau lumpuh kekal. Ini bermaksud pelan akan menjadi percuma dan menyambung simpanan client secara automatik di mana simpanan akan meningkat secara berterusan. Manfaat-manfaat lain di dalam polisi (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.

Contoh:
Azura telah mencarum sebanyak RM200 sebulan tetapi tiba-tiba disahkan mengidap penyakit kritikal. Semua kos rawatan telah ditanggung sepenuhnya oleh PRUBSN Takaful. Manakala caruman setelah disahkan mendapat menyakit kritikal pula tidak perlu dibayar dan dibayar sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Manfaat lain yang berkaitan adalah: Parent Contributor, Joint Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor.


Parent Contributor
Manfaat ini akan melindungi pembayar (yang menanggung) iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah. Sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal atau meninggal dunia atau lumpuh kekal, caruman akan dibayar oleh PRUBSN Takaful sehingga polisi tamat (umur anak 25 tahun) atau anak meninggal dunia yang masa lebih dahulu. Akan tetapi, sekiranya perkara yang sama terjadi kepada bukan yang menanggung, iaitu ibu di mana yang menanggung adalah bapa dan sebaliknya, tiada pengecualian sumbangan akan diberikan.
Anda layak untuk menyertai Parent Contributor sekiranya anda berumur dari 19 tahun hingga 65 tahun.


Joint Parent Contributor
Manfaat ini sama seperti Parent Contributor. Caruman akan jadi percuma sekiranya salah seorang daripada nama pembayar (bapa atau ibu) tersebut mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal.


Spouse Contributor
Manfaat ini sama seperti Contributor cuma ia akan melindungi sekiranya pasangan client disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal. Manfaat ini penting sekiranya isteri tidak bekerja dan caruman akan jadi percuma sekiranya suami meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal.


Takaful Saver Contributor
Membayar caruman kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal. Manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver di masa akan datang.


Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor 
Sekiranya ibu bapa atau pasangan peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver peserta di masa hadapan.Bayaran manfaat akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Monday 28 December 2015

Pampasan@Sum Covered

Monday 28 December 2015,1:16 pm


Pernah tak anda mendengar keluarga menerima pampasan kematian sekiranya ada ahli keluarga yang meninggal dunia? Mesti pernah kan? Selalunya waris keluarga/suami/isteri/anak akan menerima pampasan tersebut sekiranya berlaku kematian atau mendapat cacat kekal. Dalam bahasa takaful, pampasan itu adalah sama maksudnya dengan Sum Covered. Pernahkah anda yang telah memiliki insuran ni check berapa Sum Covered anda? RM20,000? RM30,000? atau RM100,000?

Anda rasa adakah cukup nilai yang anda tinggalkan kepada keluarga anda sekiranya anda ditimpa malapetaka? Ketika saat anda sudah tiada atau tidak mampu lagi un tuk bekerja menyara keluarga, Sum Covered inilah yang akan membantu. Oleh yang demikian, lagi banyak Sum Covered yang anda tinggalkan, adalah lebih baik bagi membatu waris anda meneruskan kehidupan di masa akan datang.

Bagaimana cara untuk anda menentukan Sum Covered anda?

Secara amnya, Sum Covered perlulah mengambil kira keperluan semasa keluarga.

  1. Anggarkan perbelanjaan anda sebulan ataupun gaji bersih/pendapatan anda sekarang.
  2. Darabkan dengan 12 bulan (1 tahun)
  3. Darabkan dengan 10 tahun
RM5000 x 12 x 10 = RM600,000

RM600,000 inilah yang akan waris anda dapat bagi meneruskan hidup bagi 10 tahun akan datang. Dengan duit sebanyak ini, boleh memberi ruang untuk waris anda merancang dan merencana perancangan kehidupan bagi hari-hari mendatang. Dengan duit ini juga boleh dilipat gandakan sekiranya waris anda bijak menyimpan ataupun membuat pelaburan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada pampasan kepada waris anda ataupun jumlah yang ditinggalkan adalah sedikit? Mungkin anda sudah ada jawapannya. Oleh yang demikian, selalulah review polisi anda dan cuba check berapa Sum Covered yang anda sediakan kepada waris anda nanti.


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Sunday 27 December 2015

Tips Takaful

Sunday 27 December 2015,9:40 pm


  1. Peruntukkan sekurang-kurangnya 5%-10% dari gaji bulanan untuk Takaful.
  2. Seboleh-bolehnya pastikan Sum Covered atau Hibah yang akan kita tinggalkan itu mencukupi untuk isteri 10 tahun akan perbelanjaan bulanannya.
  3. Semasa kita disahkan mendapat penyakit kritikal tahap 3 dan 4, kita tidak mampu nak membayar caruman tahunan. Jadi pastikan ejen masukkan Waiver dalam Polisi Takaful kita.
  4. Begitu juga jika kita mengambil Polisi Takaful untuk anak-anak pastikan ejen memasukkan "Waiver For Payor" ke dalam polisi kita. Ini kerana jika berlaku kematian, hilang upaya kekal dan sakit kritikal kepada kita sebagai pembayar, caruman tahunan polisi anak kita tidak lagi perlu dibayar dan dilindungi sepenuhnya manfaat ke atas anak kita itu sehingga berumur 25 tahun. (Had umur ini bergantung kepada Syarikat Pengendali).
  5. Pastikan Polisi Takaful kita ada Fungsi Hibah.
  6. Para suami, dalam ruangan Hibah masukkan nama isteri. Jika ada isteri lebih daripada satu boleh juga masukkan semua nama mengikut "percentage". Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku perang saudara selepas itu.
  7. Bagi para isteri, Hibah sila letakkan nama suami kerana bila anda sudah tiada nanti, sekurang-kurangnya suami boleh gunakan wang tersebut untuk pembelajaran anak-anak.

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...