- Peruntukkan sekurang-kurangnya 5%-10% dari gaji bulanan untuk Takaful.
- Seboleh-bolehnya pastikan Sum Covered atau Hibah yang akan kita tinggalkan itu mencukupi untuk isteri 10 tahun akan perbelanjaan bulanannya.
- Semasa kita disahkan mendapat penyakit kritikal tahap 3 dan 4, kita tidak mampu nak membayar caruman tahunan. Jadi pastikan ejen masukkan Waiver dalam Polisi Takaful kita.
- Begitu juga jika kita mengambil Polisi Takaful untuk anak-anak pastikan ejen memasukkan "Waiver For Payor" ke dalam polisi kita. Ini kerana jika berlaku kematian, hilang upaya kekal dan sakit kritikal kepada kita sebagai pembayar, caruman tahunan polisi anak kita tidak lagi perlu dibayar dan dilindungi sepenuhnya manfaat ke atas anak kita itu sehingga berumur 25 tahun. (Had umur ini bergantung kepada Syarikat Pengendali).
- Pastikan Polisi Takaful kita ada Fungsi Hibah.
- Para suami, dalam ruangan Hibah masukkan nama isteri. Jika ada isteri lebih daripada satu boleh juga masukkan semua nama mengikut "percentage". Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku perang saudara selepas itu.
- Bagi para isteri, Hibah sila letakkan nama suami kerana bila anda sudah tiada nanti, sekurang-kurangnya suami boleh gunakan wang tersebut untuk pembelajaran anak-anak.
Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need
Anna 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Test
ReplyDelete