Tuesday 29 December 2015

Manfaat Contributor

Tuesday 29 December 2015,1:13 pm


Manfaat Contributor adalah pengecualian bayaran caruman akan datang sekiranya disahkan mengidap sakit kritikal (36 jenis penyakit kritikal) , meninggal dunia atau lumpuh kekal. Ini bermaksud pelan akan menjadi percuma dan menyambung simpanan client secara automatik di mana simpanan akan meningkat secara berterusan. Manfaat-manfaat lain di dalam polisi (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.

Contoh:
Azura telah mencarum sebanyak RM200 sebulan tetapi tiba-tiba disahkan mengidap penyakit kritikal. Semua kos rawatan telah ditanggung sepenuhnya oleh PRUBSN Takaful. Manakala caruman setelah disahkan mendapat menyakit kritikal pula tidak perlu dibayar dan dibayar sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Manfaat lain yang berkaitan adalah: Parent Contributor, Joint Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor.


Parent Contributor
Manfaat ini akan melindungi pembayar (yang menanggung) iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah. Sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal atau meninggal dunia atau lumpuh kekal, caruman akan dibayar oleh PRUBSN Takaful sehingga polisi tamat (umur anak 25 tahun) atau anak meninggal dunia yang masa lebih dahulu. Akan tetapi, sekiranya perkara yang sama terjadi kepada bukan yang menanggung, iaitu ibu di mana yang menanggung adalah bapa dan sebaliknya, tiada pengecualian sumbangan akan diberikan.
Anda layak untuk menyertai Parent Contributor sekiranya anda berumur dari 19 tahun hingga 65 tahun.


Joint Parent Contributor
Manfaat ini sama seperti Parent Contributor. Caruman akan jadi percuma sekiranya salah seorang daripada nama pembayar (bapa atau ibu) tersebut mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal.


Spouse Contributor
Manfaat ini sama seperti Contributor cuma ia akan melindungi sekiranya pasangan client disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal. Manfaat ini penting sekiranya isteri tidak bekerja dan caruman akan jadi percuma sekiranya suami meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal.


Takaful Saver Contributor
Membayar caruman kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal. Manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver di masa akan datang.


Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor 
Sekiranya ibu bapa atau pasangan peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver peserta di masa hadapan.Bayaran manfaat akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...