[FAKTA DIALISIS YANG PERLU ANDA TAHU]
- Kos untuk dialisis memang mahal. Boleh habis gaji tiap2 bulan hanya untuk dialisis. Anggaran sebulan adalah RM3,000.
- Setiap kali dialisis perlu buat selama 4 jam. Apa yang boleh buat selama 4 jam? Ada yang tidur, ada yang makan, ada yang tgk movie. Dialisis buat 3 kali seminggu. Dialisis bukan setakat makan kos tetapi ambil MASA kita!
- Biasanya lepas dah keluar hospital, pesakit kena cari sendiri Pusat Dialisis sendiri di luar. Hospital biasanya mengutamakan pesakit yang ada anak2 atau keluarga yang bekerja di hospital tersebut.
- Bagi pesakit yang ada masalah kewangan sebab kos dialisis yang banyak, boleh dapatkan bantuan zakat bagi yang beragama Islam. Tetapi kalau gaji kita dilihat sebagai banyak(walaupun sebenarnya kita ada komitmen lain), kebarangkalian untuk dapat bantuan dialisis adalah tipis. Walaubagaimanapun, mungkin akan dapat bantuan untuk ubat. Untuk makluman, setiap kali dialisis, ada ubat yang perlu disuntik semasa dialisis.
- Kenapa perlu buat dialisis 3 kali seminggu? Sebab bila kidney dah tak berfungsi, air x dapat keluar dari badan. Bila air penuh dalam badan, pesakit kidney boleh sesak nafas sebab air penuh. Ada kes di mana pesakit yang lambat untuk dapatkan bantuan kewangan terpaksa dikejarkan ke emergency sebab tak boleh bernafas dan menangguhkan dialisis sementara menunggu bantuan kewangan diluluskan.
- Untuk permulaan, pesakit akan menggunakan IJC ( internal jugalar catheter) dileher. Selepas itu perlu buat tapak di tangan (fistula) sebab IJC hanya untuk sementara dan risiko untuk mendapat jangkitan kuman adalah tinggi. Untuk buat tapak,biasanya giliran di hospital kerajaan adalah lebih kurang 6 bulan. Nak cepat boleh buat di hospital swasta dengan anggaran kos RM6,000 ke RM8,000. Bergantung pada hospital.
- Dialisis adalah untuk seumur hidup. Walaubagaimanapun, ada kes di mana pesakit kidney tak perlu buat dialisis lagi bila kidney beransur pulih. Selagi ada kencing, insya allah ada harapan tak perlu buat dialisis. Doktor akan bagi satu ubat Frusemide sebagai ganti dialisis untuk keluarkan air kencing. Perkara yang paling pesakit dialisis impikan adalah STOP DIALISIS. Kenapa? Sebab dialisis mengubah cara hidup dan mencuri masa kita.
- Ada diet yang perlu diamalkan oleh pesakit buah pinggang. Kalau tak tahu ada penyakit kidney sebelum ni dan tetiba syok sangat makan durian, hati2. Jantung akan jadi laju lepas masa tu sebab tekanan darah naik dan pergilah cepat2 gi hospital ok. Durian tinggi potassium yang merupakan pantang pesakit kidney.
*************************************************************************
Fakta di atas adalah berdasarkan true story dan ianya adalah pengalaman suami saya sendiri dan keluarga terdekat. Mungkin lain orang lain pengalamannya. Tetapi alhamdulillah, suami saya hanya sempat buat dialisis selama 4 bulan selepas disahkan tidak perlu buat dialisis dan 1 tahun bebas dialisis. Doktor cuma bagi ubat untuk control dan amalkan supplement.
Untuk pesakit buah pinggang jangan putus harap dan sentiasalah dlm fikiran akan sembuh. Jangan lupa juga untuk bersedekah walaupun seringgit sebab sedekah itu penawar kepada sakit.
✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Maaf....sakit buah pinggang yg camne tu????fistula hospital kerajaan berape bayaran dia????
ReplyDelete