PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Friday 30 December 2016

Rider Vital Care

Friday 30 December 2016,3:41 pm


Sumber Gambar : Google

Kanak-kanak mudah untuk mendapat penyakit kerana antibodi yang masih lemah. Kanak-kanak perlu lebih diberi perhatian oleh ibubapa. Sekiranya anak-anak sakit, pasti ibubapa lah yang paling terkesan dari segi emosi, wang dan sebagainya.

Dengan manfaat Vital Care, memberi anda perlindungan tambahan apabila anak anda disahkan menghidap penyakit kanak-kanak yang ditetapkan. Ini akan membantu anda dan keluarga dengan bantuan kewangan sekiranya anak didiagnos dengan penyakit yang dilindungi bagi kanak-kanak.

Kelayakan adalah seawal 20 minggu dalam kandungan hingga 18 tahun (kanak-kanak)   dan umur tamat tempoh adalah 25 tahun (kanak-kanak). Penyakit yang dilindungi terbahagi kepada 2 kumpulan seperti di dalam jadual berikut:


KUMPULAN
PENYAKIT YANG DILINDUNGI
AMAUN MANFAAT YANG DIBAYAR
Kumpulan 1
  1. Penyakit Lelah yang Teruk
  2. Epilepsi yang Teruk
  3. Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefritik
20% daripada jumlah perlindungan
Kumpulan 2
  1. Leukemia
  2. Penyakit Kawasaki dengan Komplikasi Jantung
  3. Diabetes Melitus yang bergantung kepada Insulin
  4. Demam Reumatik dengan Ketidaksempurnaan Injap
  5. Artritis Reumatoid Juvenil yang Teruk
  6. Trauma Kepala Major
100% daripada jumlah perlindungan atau baki jumlah perlindungan sekiranya tuntutan telah dibuat dibawah kumpulan 1
  
✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Weekly Indemnity @ Pampasan Mingguan

,1:55 pm

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Malang memang tak berbau. Apa jadi bila kita kemalangan? Kalau kemalangan kita tu teruk kita mesti tak boleh nak bekerja dan biasanya doktor akan bagi bagi MC supaya kita berehat di rumah. Jumlah MC bergantung pada tahap keterukan kecederaan akibat kemalangan. Lagi teruk kecederaan, lagi lama kita tak boleh bekerja. Apa jadi kalau kita tak boleh nak bekerja? Bagi yang makan gaji, kalau MC kita tu tak lama sangat mungkin tak ada masalah. Kalau anda yang bekerja sendiri pula macammana? Bila kerja ada duit, tak kerja duit pun tak masuk kan? Macammana nak teruskan hidup sepanjang cuti sakit? Lebih-lebih lagi pendapatan keluarga bergantung pada kita.

Inilah gunanya manfaat Weekly Indemnity di mana manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain " Elaun Cuti Sakit Akibat Kemalangan".

Manfaat dibayar seperti di bawah, tertakluk kepada jumlah keseluruhan 104 minggu.

Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara (Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD).
  1.  1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD (hilang upaya menyeluruh dan sementara)
  2.  1 Unit manfaat akan membayar RM 50 seminggu bagi TPD (hilang upaya separa dan sementara)
Walaubagaimanapun, penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

TTD (hilang upaya menyeluruh dan sementara) dan TPD (hilang upaya separa dan sementara itu pula macammana?

Contoh TTD dan TPD adalah seperti berikut:

TTD - contoh anda bekerja sebagai mekanik dan anda kemalangan yang menyebabkan kedua belah tangan anda cedera dan tidak boleh bekerja. Takkan anda nak baiki kereta dengan menggunakan satu tangan kan. So anda perlu gunakan kedua-dua tangan anda untuk membaiki kereta.

TPD - contoh anda bekerja sebagai guru dan cedera kedua belah tangan. Dengan sebelah tangan anda masih lagi boleh meneruskan kerja senagai guru. Itu namanya hilang upaya separa dan sementara.

credit : FB suzilah zainuddin 


Bagus kan, dalam cuti sakit pun kita dibayar pampasan mingguan di bawah manfaat Weekly Indemnity. Sekurang-kurangnya dengan pampasan ini dapat meringankan beban kita dan keluarga.

(Sumber Gambar : Google)

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Friday 16 December 2016

Kempen HIBAH

Friday 16 December 2016,2:04 pm




Jom kita HIBAH kan kepada family kita. Tak rugi pun. Dengan PRUBSN WARISAN, sehingga 31 Disember 2016, perlindungan dari 350k sehingga 4 juta tanpa melalui PEMERIKSAAN KESIHATAN. Bermula 1 Januari 2017, perlindungan dengan PRUBSN WARISAN akan menjadi 500K. Jomlah kita sama-sama berhibah. Bayaran bulanan masih MURAH lagi terutama anda yang masih MUDA DAN SIHAT.

Sebagai ketua keluarga, adalah WAJIB kita menyediakan perlindungan yang secukupnya kepada anak-anak dan isteri.

PRUBSN Warisan sangat sesuai bagi isteri-isteri yang tidak bekerja bagi memastikan tidak hilang mata pencarian. Apa kata SUAMI semua HIBAHkan kepada isteri dan anak-anak sebagai langkah awal.

Sekurang-kurangnya beban hutang yang ditinggalkan dan perbelanjaan harian dapat dikurangkan.
  1. Dengan PRUBSN WARISAN, anda dapat menyediakan penggantian gaji buat waris untuk jangkasama 10 tahun atau lebih. 
  2. Bagi perlindungan sehingga 1.5 juta tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan. 
  3. HIBAH kan terus kepada waris tanpa melalui FARAID.

Sebagai contoh: 
Lelaki berumur 30 tahun, tidak merokok, pekerjaan kelas pertama, perlindungan untuk keluarga RM350,000.00

Bayaran bulanan adalah RM146 dan anggaran cash value adalah RM52,000.00

Lelaki ini telah meninggalkan RM350,000.00 kepada keluarga sekiranya beliau meninggal dunia nanti.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Agen insuran sibuk nak ambil duit orang?

,1:51 pm

Cc FB Tuan Mohd Nazrin PruBsn Takaful
FB Pu atiq


*******************************************************************
Pang! Kene soalan sebiji waktu tengah bentang takaful pada kawan kawan..

Ada seorang hamba ni memberikan pandangan dia tentang agen-agen takaful..

"Korang agen insurance ni, sibuk je nak ambil duit orang..Kalut call, sms, whatapps apa semua..

Semua nak duit kitorang je sebenarnya"..
Saya pun tarik nafas dalam dalam sambil pandang beliau dengan penuh kasih sayang dan saya balas..

"Sahabat, jika ikutkan tahap saya ini, saya tak perlu dah duit sahabat, Jika RM150 saja, berapa sangat lah komisyen saya..Saya ramai lagi client saya yang mencarum RM400 sebulan, RM1000 sebulan, RM3000 sebulan untuk satu keluarga..

Kalau RM150, saya kalau ikutkan saya tak kisah sahabat nak ambil atau taknak"..Saya berhenti sekejap dan saya dapat lihat reaksi terkejut di mukanya..lalu saya sambung..

" Tapi disebabkan saya pernah handle cases client saya..Bila lihat bil dekat RM5000-RM40,000 fully dicover oleh Prudential BSN Takaful,that the time i believe, i have to tell anyone about the beauty of takaful..

Apabila family diberi pampasan RM100,000 apabila ibu atau ayah meninggal, bukankah itu meringankan beban family yang baru ditimpa musibah?

Bukan kah itu sedekah yang boleh memberatkan saham akhirat mak ayah kita?

Apabila seluruh operation dicover oleh PruBSN , bukankah ia menyelamatkan kewangan family dari berhutang sana sini untuk bayar kos perubatan yang boleh mececah ratusan ribu ringgit?

Apabila mak ayah meninggalkan anak yang masih kecil,Prudential akan beri FREE polisi savings dan medical card sampai umur 25 tahun..

Maknanya anak kita pada umur 25, walaupun tiada ibu ayah,dalam savings takaful ada dalam RM25,000 ke RM40,000 dan dapat masuk mana mana hospital swasta tanpa perlu apa-apa bayaran..

Bukankah ini membantu anak kita yang sudah tiada ibu ayah?

Bukankah ini membantu anak kita untuk melanjutkan pelajaran dengan wang simpanan dalam takaful tersebut?"..

Sahabat saya pun senyap sambil mengangguk perlahan lahan..
Saya pun beri kata-kata terakhir..

"Banyak lagi kelebihan takaful jika saya ingin ceritakan..Ramai yang tak faham apa peranan takaful..

Ramai yang rasa agen takaful ini gila kejar orang..

But bear in your mind..When you sick, pasti anda datang mencari kami..dan pada waktu itu kami pun rasa sakit dan pedih yang amat amat sangat bila kami hanya mampu melihat..Kami dah tak boleh buat apa-apa untuk bantu kamu waktu itu"..

Habis saja saya cakap tu, bila nampak dia termenung jauh dan rasa suasana perbualan makin tegang,
Saya pun ubah tajuk lain supaya suasana jadi tenang semula..dan kami pun minum dan makan sampai kenyang..

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza


Monday 12 December 2016

Beza PENAMA dan HIBAH

Monday 12 December 2016,1:08 pm

Pernah dengar apa itu PENAMA dan HIBAH? Apa beza keduanya? Mungkin kita sering dengar tetapi tidak tahu secara detail perbezaan keduanya.

PENAMA
Penama adalah pemegang amanah/pentadbir/wasi yang bertindak menguruskan harta si mati dengan membahagikan secara faraid kepada waris2nya. Penerima cek pampasan si mati bukan hak penama walaupun yang meninggal dunia adalah suami yang meninggalkan pampasan 100% kepada isteri. Si isteri harus membahagikan nilai pampasan kepada waris suami yang berhak mengikut waris faraid. Aset/harta/tunai di bawah penama adalah hak faraid. 

HIBAH
Hibah adalah hadiah dimana aset/harta/tunai yang dihibahkan adalah milik penerima 100% dan tidak boleh dituntut oleh mana2 waris. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja termasuk waris yang tidak layak menerima pusaka seperti anak angkat. Jumlah yang hendak dihibahkan juga adalah tidak terhad. Harta yang dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka. Pewarisan/pemindahan harta adalah lebih mudah dan cepat dengan menggunakan hibah kerana hibah adalah milik si penerima 100% dan tiada pihak yang boleh mencabar untuk tuntutan hak terhadap aset/harta yang dihibahkan.

Apa perancangan dan apa yang anda tinggalkan  kepada keluarga anda sekiranya anda telah meninggal dunia nanti?

Jom HIBAH dengan PruBSN Warisan. Boleh lepak2 sharing.


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

๐Ÿ˜„M

Sunday 11 December 2016

Had insuran

Sunday 11 December 2016,10:37 pm

Ada satu kes yang diceritakan kepada saya.

Kakak ni masuk hospital dengan menggunakan company insurance. Bila ditanya berapa limit yang company bagi setahun, dia cakap tak ada limit. Bila difikir2 memang bagus company ni tak ada limit bila staff nak guna insuran bila masuk hospital.

Selepas buat operation dan warded selama beberapa hari, kakak ni dibenarkan keluar. Masa nak uruskan pendaftaran ...keluar, hospital bagitau kena bayar lagi RM10,000 sebab tak cukup dari insuran. What?? Bukan x de limit ke dari company. Boleh claim je berapa pun. Haruslah terkejut betul kan.

Rupa2nya kakak ni tak pernah check dan ambil tahu pun berapa yang company dia cover untuk setahun. Dia ingat selama ni sakit then masuk hospital dan company bayar semua tanpa check setahun berapa limit yang boleh guna.

Mana nak cekau duit kak oiii tiba2 segedebuk nak kena bayar cash RM10,000 tu. Kalau ada card credit masa tu boleh lah guna kalau cukup.

Moralnya kat sini, sila check limit yer. Setahun dan seumur hidup berapa. Nanti dah sedap2 guna, naik pulak darah bila kena bayar cash berpuluh ribu.๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
Kredit gambar : Takaful Awareness Through Cartoon

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Fakta Dialisis Yang Perlu Anda Tahu

,9:55 pm

[FAKTA DIALISIS YANG PERLU ANDA TAHU]

  1. Kos untuk dialisis memang mahal. Boleh habis gaji tiap2 bulan hanya untuk dialisis. Anggaran sebulan adalah RM3,000.  
  2. Setiap kali dialisis perlu buat selama 4 jam. Apa yang boleh buat selama 4 jam? Ada yang tidur, ada yang makan, ada yang tgk movie. Dialisis buat 3 kali seminggu. Dialisis bukan setakat makan kos tetapi ambil MASA kita!
  3. Biasanya lepas dah keluar hospital, pesakit kena cari sendiri Pusat Dialisis sendiri di luar. Hospital biasanya mengutamakan pesakit yang ada anak2 atau keluarga yang bekerja di hospital tersebut.
  4. Bagi pesakit yang ada masalah kewangan sebab kos dialisis yang banyak, boleh dapatkan bantuan zakat bagi yang beragama Islam. Tetapi kalau gaji kita dilihat sebagai banyak(walaupun sebenarnya kita ada komitmen lain), kebarangkalian untuk dapat bantuan dialisis adalah tipis. Walaubagaimanapun, mungkin akan dapat bantuan untuk ubat. Untuk makluman, setiap kali dialisis, ada ubat yang perlu disuntik semasa dialisis.
  5. Kenapa perlu buat dialisis 3 kali seminggu? Sebab bila kidney dah tak berfungsi, air x dapat keluar dari badan. Bila air penuh dalam badan, pesakit kidney boleh sesak nafas sebab air penuh. Ada kes di mana pesakit yang lambat untuk dapatkan bantuan kewangan terpaksa dikejarkan ke emergency sebab tak boleh bernafas dan menangguhkan dialisis sementara menunggu bantuan kewangan diluluskan.
  6. Untuk permulaan, pesakit akan menggunakan IJC ( internal jugalar catheter) dileher. Selepas itu perlu buat tapak di tangan (fistula) sebab IJC hanya untuk sementara dan risiko untuk mendapat jangkitan kuman adalah tinggi. Untuk buat tapak,biasanya giliran di hospital kerajaan adalah lebih kurang 6 bulan. Nak cepat boleh buat di hospital swasta dengan anggaran kos RM6,000 ke RM8,000. Bergantung pada hospital.
  7. Dialisis adalah untuk seumur hidup. Walaubagaimanapun, ada kes di mana pesakit kidney tak perlu buat dialisis lagi bila kidney beransur pulih. Selagi ada kencing, insya allah ada harapan tak perlu buat dialisis. Doktor akan bagi satu ubat Frusemide sebagai ganti dialisis untuk keluarkan air kencing. Perkara yang paling pesakit dialisis impikan adalah STOP DIALISIS. Kenapa? Sebab dialisis mengubah cara hidup dan mencuri masa kita.
  8. Ada diet yang perlu diamalkan oleh pesakit buah pinggang. Kalau tak tahu ada penyakit kidney sebelum ni dan tetiba syok sangat makan durian, hati2. Jantung akan jadi laju lepas masa tu sebab tekanan darah naik dan pergilah cepat2 gi hospital ok. Durian tinggi potassium yang merupakan pantang pesakit kidney. 
*************************************************************************
Fakta di atas adalah berdasarkan true story dan ianya adalah pengalaman suami saya sendiri dan keluarga terdekat. Mungkin lain orang lain pengalamannya. Tetapi alhamdulillah, suami saya hanya sempat buat dialisis selama 4 bulan selepas disahkan tidak perlu buat dialisis dan 1 tahun bebas dialisis. Doktor cuma bagi ubat untuk control dan amalkan supplement.
Untuk pesakit buah pinggang jangan putus harap dan sentiasalah dlm fikiran akan sembuh. Jangan lupa juga untuk bersedekah walaupun seringgit sebab sedekah itu penawar kepada sakit.






✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266
Takaful Consultant

IG: suebeleza

Thursday 1 December 2016

PruBSN WARISAN vs Bank

Thursday 1 December 2016,2:37 pm

Biarlah gambar berbicara๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€. Cuba anda bayangkan anda simpan RM250 sebulan di bank. Pada tahun ke-10 anggaran yang anda dapat adalah RM33,000. Tiba2 keluarga anda diuji dengan "pemergian" anda untuk selamanya. Segala harta dan simpanan anda akan menjadi beku bila anda dah meninggal dunia. Keluarga tak akan dapat terus harta dan simpanan yang anda tinggalkan. Keluarga perlu melalui proses FARAID.

Berbeza pula sekiranya anda telah melindungi keluarga anda dengan WARISAN. Anda telah HIBAH kan sejumlah wang untuk mereka. Sebagai contoh anda hibahkan sebanyak RM350,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM250. Andai anda meninggal dunia, keluarga akan dapat jumlah wang yang telah dihibahkan tanpa perlu melalui proses HIBAH. Proses pula hanya mengambil masa maksimum 1 bulan. Dengan duit pampasan yang diterima oleh keluarga dapat membantu mereka merancang kewangan dan meneruskan kehidupan.

Tidak kan anda mahu keluarga anda hidup dengan selesa sekiranya anda telah meninggal dunia kelak? Mereka juga tidak perlu meminta2 dengan saudara mara atau kawan2 yang sudah pun ada komitmen mereka sendiri.


#prubsnwarisan
#hibahtakaful
#pampasan

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...