PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Saturday 29 April 2017

Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus Melindungi Wanita

Saturday 29 April 2017,8:56 pm


Peranan wanita sangat penting pada masa sekarang sama ada di dalam keluarga ataupun di dalam dunia kerjaya. Wanita yang bekerja ataupun tidak dianggap hebat kerana berjaya memikul tanggungjawab. Walaubagaimanapun,  wanita sangat terdedah dengan penyakit wanita dan yang paling ditakuti adalah penyakit kanser. Kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari dan lain-lain kanser berkaitan dengan wanita ibarat menunggu hukuman mati.


Apabila doktor diagnos dengan penyakit berikut, secara tidak langsung emosi wanita akan terganggu dan merasa rendah diri memikirkan tentang masa depan dan kos yang bakal dihadapi untuk merawat penyakit.

Oleh yang demikian, PruBSN ada menyediakan pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya  iaitu Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus. Keduanya adalah merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink). Ianya menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.


TAKAFUL PUTERI
  1. Kelayakan umur adalah dari 19 tahun sehingga 60 tahun (dewasa).
  2. Umur tamat tempoh adalah 60,70 atau 80 tahun (dewasa).
  3. Rider ini memberi anda perlindungan terhadap impk kewangan yang mungkin timbul akibat penyakit yang berkaitan wanita.

MANFAAT PENJAGAAN WANITA

AMAUN
1. Kanser berkaitan Wanita/Lupus Sistemik Eritematosus (SLE) dengan Lupus NefritisKanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, Dan Faraj/Vulva ATAU Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

100% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat
2. Karsinoma-In-Situ Payudara atau Uteri ServiksSekiranya anda didiagnosis menghidap Kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar Bagi 70% dari Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat

30% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat
3. Perlindungan bagi mana-mana kejadian di bawah:
  1. Artritis Reumatoid dengan kerumitan
  2. Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat kemalangan
  3. Pemindahan Kulit akibat kelecuran
  4. Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit
  5. Keretakan Osteoporotik Pinggul/Vertebra
  6. Pembedahan Rekonstruksi Payudara akibat Kanser Payudara
 30% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat

TAKAFUL PUTERI PLUS
  1. Kelayakan umur adalah dari 19 tahun sehingga 40 tahun (dewasa).
  2. Umur tamat tempoh adalah 60,70 atau 80 tahun (dewasa).
  3. Rider ini memberi anda perlindungan terhadap impak kewangan yang mungkin timbul akibat penyakit berkaitan wanita , komplikasi kehamilan dan penyakit kongenital bayi.

MANFAAT PENJAGAAN WANITA

AMAUN
1. Kanser berkaitan Wanita/Lupus Sistemik Eritematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis
Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, Dan Faraj/Vulva ATAU Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

100% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat
2. Karsinoma-In-Situ Payudara atau Uteri ServiksSekiranya anda didiagnosis menghidap Kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar Bagi 70% dari Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat

30% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat
3. Perlindungan bagi mana-mana kejadian di bawah:
  1. Artritis Reumatoid dengan kerumitan
  2. Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat kemalangan
  3. Pemindahan Kulit akibat kelecuran
  4. Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit
  5. Keretakan Osteoporotik Pinggul/Vertebra
  6. Pembedahan Rekonstruksi Payudara akibat Kanser Payudara
30% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat

MANFAAT PENJAGAAN IBU

AMAUN

4. Komplikasi Kehamilan
  1. Penyebaran Penggumpulan Intravaskular (selepas 7 bulan mengandung)
  2. Kehamilan Luar Rahim
  3. Keguguran pada hujung kehamilan (dari hari 126 ke hari 196 tempoh kehamilan)
  4. Kematian Janin (selepas hari ke-196 tempoh kehamilan)
  5. Kematian Bayi (di dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
RM10,000.00
5. Penyakit Kongenital Bayi
  1. Sindrom Down
  2. Kecacatan Septum Ventrikel
  3. Kecacatan Septum Atrial
  4. Spina Bifida
  5. Lelangit Rekah dengan Lupus Nefritis
RM20,000.00

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Thursday 27 April 2017

Kenapa perlu semak polisi insuran?

Thursday 27 April 2017,1:41 pm


Policy Review

Ramai antara kita tidak peka dengan polisi insuran yang kita dapat selepas kita sign up. Ada antara kita yang menyerahkan bulat-bulat pada agen tanpa mendengar sepenuhnya penerangan agen berkaitan kandungan di dalam polisi anda. Semakan polisi insuran adalah penting kerana setiap orang lain keperluannya. Sekiranya  agen anda menghubungi anda dan ingin membuat review pada polisi anda, jangan abaikan. 

Berikut adalah perkara kenapa anda perlu semak polisi insuran anda:

1. Pernahkah anda menyemak berapa jumlah perlindungan anda? Mungkin ada antara anda mempunyai polisi insuran pada umur yang muda dan masih belum berkahwin dan jumlah perlindungan anda pada masa itu adalah untuk keperluan anda masa tersebut. Sekiranya anda telah berkahwin, anda perlu memikirkan jumlah perlindungan yang lebih tinggi kerana telah mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak. Anda perlu memikirkan sekiranya anda telah tiada, berapa yang keluarga anda perlukan untuk 10 tahun akan datang.

2. Bila umur semakin meningkat, risiko untuk mendapat penyakit adalah tinggi. Sila pastikan anda juga dilindungi sekiranya anda mendapat penyakit kritikal. Bila anda mendapat menyakit kritikal, anda tidak dapat bekerja seperti biasa dan biasanya anda akan kehilangan punca pendapatan.

3. Pastikan anda menyemak siapa PENAMA atau PENERIMA HIBAH. Perlu diingat, sekiranya anda meletakkan penama, pembahagian secara faraid perlu dilaksanakan (bagi yang beragama ISLAM) dan sekiranya meletakkan sebagai penerima hibah, pampasan itu terus akan diberikan kepada nama yang dihibahkan. Dikhuatiri nanti, selepas berlaku kematian terdapat perebutan harta dan sebagainya. Anda juga perlu memaklumkan kepada ahli keluarga siapa penama atau penerima hibah bagi mengelakkan kekeliruan.

4. Keperluan setiap orang berlainan. Bayar hanya pada yang perlu mengikut keperluan anda. Keperluan si A mungkin tidak sama dengan si B. Jangan salahkan pihak insuran sekiranya ada perkara yang tidak di cover. Itulah pentingnya anda sendiri faham polisi yang telah anda beli dan faham setiap keperluan anda. Sebagai contoh, sekiranya pekerjaan saya 24 jam di atas jalan dan risiko untuk saya mendapat kemalangan adalah tinggi, saya akan pastikan saya ada benefit untuk kemalangan atau sebaliknya.

Kesimpulannya di sini, anda perlu menyemak polisi insuran anda selari dengan peningkatan umur, risiko penyakit, gaya hidup keluarga  dan sebagainya. Jangan abaikan agen anda sekiranya mereka mencadangkan policy review. Kenalpasti apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Hibah VS Wasiat

,12:48 pm


Apa itu HIBAH TAKAFUL?

Hibah adalah pemberian, sedekah atau hadiah berjumlah wang pampasan kepada seseorang setelah kita meninggal dunia tanpa melalui kiraan FARAID  dan harta pusaka. Antara kepentingan hibah adalah 
  1. Aset tunai tinggi untuk yang tersayang
  2. Menyelesaikan hutang yang ditinggalkan
  3. Mengelak perebutan harta
  4. Tidak boleh dituntut oleh waris yang lain
  5. Tiada kos guaman dan mahkamah
  6. Pembahagian mengikut hasrat pemberi
Kenapa hibah adalah penting?

Tahukah anda sekiranya berlaku kematian, semuanya akan dibekukan dan tidak boleh dipindah milik iaitu rumah, akaun bank, simpanan, ASB/ASN, hartanah, tabung haji, KWSP, kad kredit dan lain-lain. Dan berdasarkan rekod, terdapat RM67 billion harta pusaka terbeku. Di sinilah kepentingan dengan adanya hibah. Duit atau harta yang dibekukan membuatkan waris anda sukar untuk meneruskan kehidupan. Dengan hibah ini waris anda akan dapat aset tunai dengan cepat sementara menunggu proses pengagihan harta selesai.

Contoh konsep HIBAH adalah seperti berikut:

Contoh 1
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 100%
Dihibahkan kepada : Isteri

Sekiranya berlaku kematian, maka isteri akan menerima RM100,000 tanpa perlu difaraidkan dengan cara yang terbaik adalah dengan membuat Surat Pengisytiharan Hibah. Surat Pengisytiharan Harta ini mesti didokumentasikan agar ia menjadi bukti sah dan kuat.

Contoh 2
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 25% setiap seorang anak
Dihibahkan kepada : 4 orang anak
Nilai dihibahkan setiap anak: RM25,000

Sekiranya berlaku kematian, maka anak akan menerima nilai hibah mengikut % yang telah ditentukan mengikut kemahuan si bapa. Jika jumlah perlindungan Takaful yang diambil berjumlah RM1,000,000 caruman yang dibayar oleh peserta takaful tersebut adalah lebih kurang 3% sahaja daripada perlindungan RM1,000,000 tersebut setiap tahun.

Takaful adalah satu bentuk ikhtiar yang mudah,murah,cepat dan pasti dalam pembentukan harta pusaka.

Kelebihan yang paling nyata hibah takaful adalah harta pusaka melalui takaful ini ialah apabila berlaku kematian, jumlah polisi (RM1,000,000) tidak akan dibekukan. Menurut akta takaful, mana-mana waris yang dinamakan dalam Surat Pengisytiharan Harta sebagai penerima hibah akan mendapat tunai secara segera untuk meneruskan kehidupan mereka.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Tuesday 25 April 2017

Hibah Takaful

Tuesday 25 April 2017,10:29 pm




Berdasarkan post saya yang sebelum ini saya dah terangkan berkaitan Hibah. Kali ini saya nak terangkan bagaimana hibah itu berfungsi.

Cuba lihat gambarrajah di atas. Safwan adalah seorang suami. Beliau telah mengambil PELAN HIBAH untuk isteri tersayang berjumlah RM200,000 dan membayar sebanyak RM100 sebulan. Jika mengikut perkiraan, sekiranya Safwan menyimpan sebanyak RM100 sebulan, setahun akan menjadi RM1,200 dan simpanan Safwan untuk 10 tahun adalah RM12,000.

Ditakdirkan Safwan meninggal dunia selepas 10 tahun dan meninggalkan isteri dan 3 orang anak. Kemudian agen takaful telah memberikan cek bernilai RM200,000 kepada isteri Safwan. Ini bermakna isteri Safwan mempunyai dana tambahan untuk menyara diri dan 3 orang anak.

Nampak atau tidak kepentingan hibah takaful ini? Sekiranya Safwan hanya membuat simpanan tanpa mengambil pelah hibah untuk isterinya, bagaimana untuk isteri dan 3 orang anaknya untuk meneruskan hidup dengan simpanan yang sedikit itu? Sekurang-kurangya, dengan cek bernilai RM200,000 itu membolehkan isteri Safwan meneruskan hidup dan membuat pelaburan bagi menambah dana.

Dah ada HIBAH TAKAFUL untuk keluarga? Cukupkah simpanan yang anda tinggalkan untuk keluarga? Sila check sekarang. Tinggalkanlah keluarga anda dengan menjadi jutawan bukan menyelesaikan hutang anda.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Meninggal Mengejut

,10:01 pm

Meninggal Mengejut

Yang hidup pasti mati tapi tak tahu bila mati.

Selalu tak dengar tentang meninggal mengejut? Biasanya orang yang meninggal mengejut ni kita tau dia tak ada sakit apa2 pun. Tiba2 pengsan dan disahkan meninggal. Kita tak jangka pun. Macam tu jugak yang mati kemalangan. Elok je kita nampak hari ni, esok dah tak ada. So memang mati ni tak ada yang tahu masanya bila....

Apa persediaan kita?

Kalau kita dah berkeluarga, ada anak isteri, apa jaminan kita bila kita dah tak ada terutama isteri yang mmg harapkan 100% pendapatan kita?

Simpanan? Ya. Itu salah satu persediaan kita. Kalau tiba2 kita 'pergi' dan waris kita dapat 1 juta, apa yang mereka boleh buat dengan duit tu? Banyak yang boleh dibuat ye. Boleh buat pelaburan, simpanan, perbelanjaan bulanan, anak2 dan sebagainya. Berapa lama masa untuk kita menyimpan untuk dapat 1 juta tu?

Dah sediakan perlindungan dan hibah untuk keluarga? Kalau belum fikir lagi. Bertindak sekarang!

                                            ✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
 Suziana 012-6888 266 
 Nizam 012-7787 785 
 Takaful Consultant 
 IG: suebeleza

Monday 24 April 2017

Apa itu Kecacatan Kekal atau Total Permanent Disability (TPD)

Monday 24 April 2017,3:59 pm


Kecacatan Kekal atau Total Permanent Disability (TPD) adalah satu keadaan yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

Di dalam polisi Prudential BSN Takaful, TPD adalah berbeza bagi 3 kategori umur iaitu:


1. Bagi yang berumur bawah 16 tahun
Seseorang yang memerlukan penjagaan SECARA BERTERUSAN sama ada di rumah atau di hospital

2. Bagi yang berumur antara 16-60 tahun
Seseorang yang tidak lagi mampu untuk bekerja untuk mendapat pendapatan dan kehilangan anggota badan.

3. Berumur 61 tahun dan ke atas
Seseorang yang tidak mampu untuk melakukan sekurang-kurangnya 3 aktiviti harian seperti memakai baju, turun atau naik ke kerusi roda, pindah dari bilik je bilik, mandi sendiri, makan sendiri dan pengawalan pembuangan air kecil dan besar.


Total Permanent Disability (TPD)


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
 Suziana 012-6888 266 
 Nizam 012-7787 785 
 Takaful Consultant 
 IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...