Thursday 27 April 2017

Hibah VS Wasiat

Thursday 27 April 2017,12:48 pm


Apa itu HIBAH TAKAFUL?

Hibah adalah pemberian, sedekah atau hadiah berjumlah wang pampasan kepada seseorang setelah kita meninggal dunia tanpa melalui kiraan FARAID  dan harta pusaka. Antara kepentingan hibah adalah 
  1. Aset tunai tinggi untuk yang tersayang
  2. Menyelesaikan hutang yang ditinggalkan
  3. Mengelak perebutan harta
  4. Tidak boleh dituntut oleh waris yang lain
  5. Tiada kos guaman dan mahkamah
  6. Pembahagian mengikut hasrat pemberi
Kenapa hibah adalah penting?

Tahukah anda sekiranya berlaku kematian, semuanya akan dibekukan dan tidak boleh dipindah milik iaitu rumah, akaun bank, simpanan, ASB/ASN, hartanah, tabung haji, KWSP, kad kredit dan lain-lain. Dan berdasarkan rekod, terdapat RM67 billion harta pusaka terbeku. Di sinilah kepentingan dengan adanya hibah. Duit atau harta yang dibekukan membuatkan waris anda sukar untuk meneruskan kehidupan. Dengan hibah ini waris anda akan dapat aset tunai dengan cepat sementara menunggu proses pengagihan harta selesai.

Contoh konsep HIBAH adalah seperti berikut:

Contoh 1
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 100%
Dihibahkan kepada : Isteri

Sekiranya berlaku kematian, maka isteri akan menerima RM100,000 tanpa perlu difaraidkan dengan cara yang terbaik adalah dengan membuat Surat Pengisytiharan Hibah. Surat Pengisytiharan Harta ini mesti didokumentasikan agar ia menjadi bukti sah dan kuat.

Contoh 2
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 25% setiap seorang anak
Dihibahkan kepada : 4 orang anak
Nilai dihibahkan setiap anak: RM25,000

Sekiranya berlaku kematian, maka anak akan menerima nilai hibah mengikut % yang telah ditentukan mengikut kemahuan si bapa. Jika jumlah perlindungan Takaful yang diambil berjumlah RM1,000,000 caruman yang dibayar oleh peserta takaful tersebut adalah lebih kurang 3% sahaja daripada perlindungan RM1,000,000 tersebut setiap tahun.

Takaful adalah satu bentuk ikhtiar yang mudah,murah,cepat dan pasti dalam pembentukan harta pusaka.

Kelebihan yang paling nyata hibah takaful adalah harta pusaka melalui takaful ini ialah apabila berlaku kematian, jumlah polisi (RM1,000,000) tidak akan dibekukan. Menurut akta takaful, mana-mana waris yang dinamakan dalam Surat Pengisytiharan Harta sebagai penerima hibah akan mendapat tunai secara segera untuk meneruskan kehidupan mereka.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...