Tuesday, 25 April 2017

Hibah Takaful

Tuesday, 25 April 2017,10:29 pm




Berdasarkan post saya yang sebelum ini saya dah terangkan berkaitan Hibah. Kali ini saya nak terangkan bagaimana hibah itu berfungsi.

Cuba lihat gambarrajah di atas. Safwan adalah seorang suami. Beliau telah mengambil PELAN HIBAH untuk isteri tersayang berjumlah RM200,000 dan membayar sebanyak RM100 sebulan. Jika mengikut perkiraan, sekiranya Safwan menyimpan sebanyak RM100 sebulan, setahun akan menjadi RM1,200 dan simpanan Safwan untuk 10 tahun adalah RM12,000.

Ditakdirkan Safwan meninggal dunia selepas 10 tahun dan meninggalkan isteri dan 3 orang anak. Kemudian agen takaful telah memberikan cek bernilai RM200,000 kepada isteri Safwan. Ini bermakna isteri Safwan mempunyai dana tambahan untuk menyara diri dan 3 orang anak.

Nampak atau tidak kepentingan hibah takaful ini? Sekiranya Safwan hanya membuat simpanan tanpa mengambil pelah hibah untuk isterinya, bagaimana untuk isteri dan 3 orang anaknya untuk meneruskan hidup dengan simpanan yang sedikit itu? Sekurang-kurangya, dengan cek bernilai RM200,000 itu membolehkan isteri Safwan meneruskan hidup dan membuat pelaburan bagi menambah dana.

Dah ada HIBAH TAKAFUL untuk keluarga? Cukupkah simpanan yang anda tinggalkan untuk keluarga? Sila check sekarang. Tinggalkanlah keluarga anda dengan menjadi jutawan bukan menyelesaikan hutang anda.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...