Thursday, 27 April 2017

Kenapa perlu semak polisi insuran?

Thursday, 27 April 2017,1:41 pm


Policy Review

Ramai antara kita tidak peka dengan polisi insuran yang kita dapat selepas kita sign up. Ada antara kita yang menyerahkan bulat-bulat pada agen tanpa mendengar sepenuhnya penerangan agen berkaitan kandungan di dalam polisi anda. Semakan polisi insuran adalah penting kerana setiap orang lain keperluannya. Sekiranya  agen anda menghubungi anda dan ingin membuat review pada polisi anda, jangan abaikan. 

Berikut adalah perkara kenapa anda perlu semak polisi insuran anda:

1. Pernahkah anda menyemak berapa jumlah perlindungan anda? Mungkin ada antara anda mempunyai polisi insuran pada umur yang muda dan masih belum berkahwin dan jumlah perlindungan anda pada masa itu adalah untuk keperluan anda masa tersebut. Sekiranya anda telah berkahwin, anda perlu memikirkan jumlah perlindungan yang lebih tinggi kerana telah mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak. Anda perlu memikirkan sekiranya anda telah tiada, berapa yang keluarga anda perlukan untuk 10 tahun akan datang.

2. Bila umur semakin meningkat, risiko untuk mendapat penyakit adalah tinggi. Sila pastikan anda juga dilindungi sekiranya anda mendapat penyakit kritikal. Bila anda mendapat menyakit kritikal, anda tidak dapat bekerja seperti biasa dan biasanya anda akan kehilangan punca pendapatan.

3. Pastikan anda menyemak siapa PENAMA atau PENERIMA HIBAH. Perlu diingat, sekiranya anda meletakkan penama, pembahagian secara faraid perlu dilaksanakan (bagi yang beragama ISLAM) dan sekiranya meletakkan sebagai penerima hibah, pampasan itu terus akan diberikan kepada nama yang dihibahkan. Dikhuatiri nanti, selepas berlaku kematian terdapat perebutan harta dan sebagainya. Anda juga perlu memaklumkan kepada ahli keluarga siapa penama atau penerima hibah bagi mengelakkan kekeliruan.

4. Keperluan setiap orang berlainan. Bayar hanya pada yang perlu mengikut keperluan anda. Keperluan si A mungkin tidak sama dengan si B. Jangan salahkan pihak insuran sekiranya ada perkara yang tidak di cover. Itulah pentingnya anda sendiri faham polisi yang telah anda beli dan faham setiap keperluan anda. Sebagai contoh, sekiranya pekerjaan saya 24 jam di atas jalan dan risiko untuk saya mendapat kemalangan adalah tinggi, saya akan pastikan saya ada benefit untuk kemalangan atau sebaliknya.

Kesimpulannya di sini, anda perlu menyemak polisi insuran anda selari dengan peningkatan umur, risiko penyakit, gaya hidup keluarga  dan sebagainya. Jangan abaikan agen anda sekiranya mereka mencadangkan policy review. Kenalpasti apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...