Monday, 19 February 2018

Tips Pengurusan Gaji

Monday, 19 February 2018,5:33 pm



Bagi yang baru mula bekerja,  pengurusan gaji adalah penting. Kesilapan dalam menguruskan gaji akan menyebabkan kita berbelanja lebih daripada pendapatan yang kita dapat setiap bulan. Tak dinafikan, kadangkala kita terlalu ghairah berbelanja sehinggakan terlupa ada perkara yang kita perlu dahulukan sebelum berbelanja. Banyakkanlah membaca dan mencari ilmu berkaitan pengurusan kewangan dan tidak ada istilah terlambat untuk memulakan.

Pada penulisan kali ini saya nak  berkongsi sedikit beberapa tips pengurusan gaji. Tips ini saya ambil daripada penulisan saudara Azizul Azli Ahmad.


10% Simpanan Tetap
Ini sangat penting sebab duit inilah yang akan bantu kita masa kecemasan, persediaan persaraan dan lain-lain. Untuk permulaan memang susah sedikit sebab duit simpanan tetap ini kita kena pastikan tidak dikeluarkan dan paling penting bertekad untuk konsisten tiap-tiap bulan. Berapa simpanan yang perlu? Sekurang-kurangnya 10% daripada gaji dan kalau simpan lebih adalah lebih baik. Contohnya, gaji anda adalah RM3,000 sebulan. Jadi, jumlah simpanan adalah RM300 sebulan.

10% Takaful
Pastikan anda dan pendapatan anda dilindungi sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diundang. Sekurang-kurangya keluarga kita tidak terbeban dan dapat menyelesaikan hutang kita sekiranya ditakdirkan kita meninggal dunia atau tidak mampu bekerja. Pastikan perlindungan yang kita ambil itu tidak membebankan iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Jumlah perlindungan yang diperlukan adalah untuk menampung  hidup 10 tahun akan datang. Ambillah perlindungan semasa anda masih muda kerana caruman bulanan masih murah.

Contoh:
  1. Anggarkan perbelanjaan anda sebulan ataupun gaji bersih/pendapatan anda sekarang.
  2. Darabkan dengan 12 bulan (1 tahun)
  3. Darabkan dengan 10 tahun
RM5000 x 12 x 10 = RM600,000
Berapa perlu bayar untuk sebulan? Bergantung pada umur. Lagi muda umur lagi murah dan risiko ada penyakit pun kurang. Sementara belum ada komitmen dengan ada anak isteri lebih baik mulakan menabung dalam tabung takaful. Hati pun tidak risau sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada kita.

5% Amalan Baik
Sedekah, beri sumbangan pada orang yang memerlukan. Percayalah dengan sedekah tidak akan membuatkan kita miskin malahan akan digandakan rezeki kita. The Power Of Sedekah. Jika ada lebih boleh peruntukkan 2.5% untuk zakat.

5% Hiburan
Duit gaji bukanlah perlu untuk simpanan sahaja. Perlu juga reward diri sendiri kan selepas penat bekerja.

5% Pendidikan
Pendidikan bukan setakat ambil Ijazah, Master sahaja. Kita mungkin memerlukan ilmu-ilmu lain untuk peningkatan kerjaya dan taraf hidup dan menghadiri seminar-seminar.

10% Simpanan Pelaburan
Bila dah bekerja, ada keluarga kita mesti mengimpikan untuk membeli aset seperti rumah, kereta dan lain-lain aset untuk pelaburan pada masa akan datang.

55% Perbelanjaan
Semua yang berkaitan perbelanjaan bulanan termasuk dalam tabung ini seperti bayar bil, hutang rumah, hutang kereta, pergi klinik, minyak kereta, pengangkutan, makan dan lain-lain belanja.

Jom kita mulakan sekarang. Masih belum terlambat untuk bermula selagi kita ada kesedaran untuk menabung.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785 
Takaful Consultant


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...