Friday, 23 February 2018

Lindungi Penyakit Kritikal

Friday, 23 February 2018,2:03 pm

Cuba lihat senario berikut dahulu sebelum saya mulakan posting ini.

"Alisya bekerja sebagai pengurus di salah sebuah syarikat dan mempunyai gaji yang besar dan mampu untuk memiliki rumah dan kereta idaman. Baru-baru ini Alisya telah didiagnos dengan penyakit buah pinggang setelah mengesan beberapa tanda yang mencurigakan pada sistem badannya. Penyakit buah pinggang ini memerlukan Alisya untuk membuat dialisis sebanyak 3 kali seminggu di mana pada setiap hari perlu memperuntukkan 4 jam untuk dialisis. Kos untuk satu kali rawatan dialisis adalah RM200 dan bermakna perlu menyediakan lebih kurang RM3,000 sebulan termasuk ubat."

Senario di atas adalah salah satu contoh penyakit kritikal. Ada tiga penyakit kritikal yang utama menyerang iaitu jantung, kanser, stroke, kencing manis dan buah pinggang. Apabila didiagnos dengan penyakit kritikal, pendapatan akan terjejas kerana terpaksa membayar kos rawatan, selalu mengambil cuti sakit atau dimasukkan ke hospital.

Mengikut 'The Asean Cost in Oncology Study (action) 2015, dalam masa 1 tahun selepas didiagnos dengan kanser dan rawatan, pesakit kanser di Malaysia
  • 46% menggunakan simpanan peribadi
  • 39% tidak mampu membayar untuk kos perubatan
  • 22% tidak mampu membayar untuk sewa @ mortgage
  • 19% tidak meneruskan rawatan
Bagaimana pula selepas 2 tahun? 3 tahun? Adakah pesakit kanser masih mampu untuk meneruskan kos perubatan?

Pada tahun 2012 pula, sebanyak 37,000 kes kanser dilaporkan dan dijangka sebanyak 56,932 pada tahun 2025.

(Sumber: malaysiakini.com, thestar.com.my)

***********************************
Bagi penyakitt buah pinggang pula, sebanyak 30,000 orang menjalani rawatan dan bilangan ini bertambah antara 5,000 hingga 6,000 setahun. (sumber:www.thesundaily.my/news/968646).


Kos untuk pesakit buah pinggang yang memerlukan 13 rawatan sebulan adalah:
  • RM2,756 tanpa subsidi kerajaan
  • RM2,106 dengan subsidi kerajaan
  • RM30,000 diperlukan setahun
(sumber :the star online terbitan 7 November 2013)

*********************************

Berdasarkan fakta dan senario di atas, apakah persediaan anda sekiranya anda diuji dengan penyakit kritikal? Adakah anda telah bersedia dengan perlindungan dari penyakit kritikal? Sekiranya tiada adakah anda mampu mendapatkan bantuan dari pihak lain? Sekiranya ada, cukupkah perlindungan yang disediakan itu? 

Jumlah perlindungan yang mencukupi adalah penting kerana ada ketikanya kita sudah tidak mampu untuk bekerja dan mungkin juga telah dipecat oleh majikan. Bila sudah tidak lagi bekerja, pendapatan juga akan terjejas.

Berapakah cadangan perlindungan penyakit kritikal yang diperlukan? Sama seperti pampasan kematian,
  • Anggarkan perbelanjaan sebulan ataupun pendapatan sekarang
  • Darabkan dengan 12 bulan (1 tahun)
  • Darabkan dengan 10 tahun
  • RM5000 x 12 x 10= RM600,000
Pampasan penyakit kritikal ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yang terjejas. Cuba semak polisi anda sekarang dan pastikan mencukupi. 

Bila masa yang perlu untuk anda ambil perlindungan ini? Jawapannya, sementara anda masih sihat, muda dan tidak ada banyak komitmen kerana caruman adalah lebih murah semasa umur anda masih muda. Untuk adik-adik yang baru bekerja, jangan berlengah lagi untuk menyediakan perlindungan untuk keluarga dan diri sendiri.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785 
Takaful Consultant
IG: suebeleza 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...