Pengurusan kewangan adalah penting bagi memastikan tabungan pada masa tua mencukupi dan ketika waktu-waktu kecemasan.Berikut adalah tips kewangan yang mungkin berguna untuk diikuti.
Ketahui tujuan jangka panjang kewangan anda
Biar berapa banyak asset yang anda ingin beli, yang penting pastikan anda mengetahui dengan jelas rancangan jangka panjang kewangan anda. Dengan mengetahui rancangan jangka panjang, akan membantu anda untuk lebih sukses dan dapat mematuhi anggaran yang anda sudah buat dengan sebaik mungkin.
Buat perancangan
Apapun yang anda inginkan pastikan anda membuat perancangan dan berusaha untuk mematuhinya. Rancang perbelanjaan dan pastikan untuk mencatat dengan terperinci semua perbelanjaan. Ini penting untuk membantu anda membuat penilaian dan pengiraan bagi perbelanjaan yang tidak penting.
Jangan lupa untuk menabung
Berusaha untuk konsisten dalam menabung. Apa yang anda perlukan adalah komitmen untuk selalu mengenepikan pendapatan secara konsisten untuk ditabung. Anda tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, jadi bersiap sedia dengan sebaik mungkin.
Kurangkan perbelanjaan
Hadkan perbelanjaan yang tidak terlalu penting. Mula atur kewangan dengan memisahkan mana yang keperluan atau sekadar keinginan saja.
Laburkan pendapatan
Cuba belajar melabur. Mulakan pelaburan dalam pelbagai bentuk pelaburan yang menguntungkan dan kurang berisiko.
Sumber asal : Utusan Malaysia
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza
Sumber asal : Utusan Malaysia
✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza