Monday 26 October 2015

Pelan Co-Takaful

Monday 26 October 2015,10:04 pm


Co-Takaful adalah perkongsian bayaran kos rawatan antara pengendali/syarikat takaful bersama peserta di mana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful. Berbeza dengan Kad Perubatan (Medical Card) yang tiada co-takaful, 100% kos rawatan akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful.

Pelan Co-Takaful ini dengan bahasa mudahnya menggunakan konsep perkongsian pembayaran bil hospital, manakala untuk Full Coverage , bil rawatan dibayar sepenuhnya oleh syarikat/pengendali.

Untuk Pelan Co-Takaful, anda perlu membayar 10% daripada bil hospital sehingga maksimum RM2000 dan minimum RM400 sahaja.


Kes 1:
Sebagai contoh, bil hospital adalah RM2,000. Anda perlu bayar 10% daripada bil hospital RM2,000 iaitu RM200. Oleh kerana bayaran minimum adalah RM400, anda perlu bayar RM400. Selebihnya sebanyak RM1,600 dibayar oleh PruBSN.

Kes 2:
Bil hospital adalah RM50,000 dan perlu bayar 10% iaitu RM5,000. Oleh kerana bayaran maksimum adalah RM2000, anda hanya perlu bayar RM2000 sahaja dan selebihnya PruBSN yang akan bayar.



Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...