Monday, 5 October 2015

Kad Perubatan untuk anak sebelum atau selepas kelahiran?

Monday, 5 October 2015,4:58 pm

Anak adalah anugerah tuhan. Kelahirannya memang dinantikan. Namun, tidak semua bayi itu dilahirkan sempurna. Ada yang dari lahir telah diuji dengan penyakit. Ada juga yang dilahirkan sihat walafiat. Alhamdulillah. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda wajar menyediakan perlindungan buat si manja. Umum memang tahu, bayi mudah untuk terkena penyakit. Tidak salah rasanya untuk anda bersedia dari awal lagi iaitu sebelum kelahiran untuk perlindungan si manja dengan menyediakan kad perubatan (medical card).

Timbul pula persoalan, adakah perlu disediakan kad perubatan sebelum atau selepas kelahiran? Sepertimana yang telah saya ceritakan di dalam post yang sebelum ini, pelan SmartLink boleh dimiliki seawal 20 minggu dalam kandungan. Biasanya bayi di dalam kandungan berisiko untuk lahir pramatang dan mendapat penyakit sejak lahir. Berikut adalah penerangan ringkas sekiranya polisi di ambil sebelum dan selepas kelahiran.

PRAMATANG

Bayi yang dilahirkan kurang daripada usia kandungan 36 minggu adalah PRAMATANG.

Sekiranya permohonan polisi diambil SELEPAS LAHIR, permohonan hanya boleh dilakukan pada usia anak berusia 2-3 tahun. Kelulusan bergantung pada tahap kesihatan anak. Risiko lain adalah sepanjang 2-3 tahun bermacam-macam penyakit boleh dihidapi bayi.

Polisi yang diambil SEBELUM LAHIR (polisi SmartLink diambil semasa dalam kandungan), bermakna anak anda telah memiliki kad perubatan dan dapat mengelakkan menunggu tempoh 2-3 tahun selepas kelahiran. Anak anda boleh guna manfaat kad perubatan seperti bayi lahir normal dan tertakluk kepada waiting period selama 120 hari bermula usia 15 hari bayi.


PENYAKIT KONGENITAL (PENYAKIT SEJAK LAHIR) 

Jika  polisi  Takaful SmartLink  ingin diambil  selepas lahir, TIADA penawaran  polisi  diberikan oleh syarikat atau pemilikan polisi SANGAT SUKAR.

Jika  polisi  Takaful Smartlink  diambil  semasa  dalam kandungan,  anak kecil  ini masih layak diberi  kad perubatan dengan pengecualian terhadap penyakit kongenital yang ada.


Cara memohon

Dokumen yang diperlukan ialah:
  1. Borang O&G dan dilengkapkan oleh doktor O&G. Kos akan dibayar oleh PruBSN Takaful.
  2. Borang permohonan dan salinan kad perkahwinan.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa. (Depan dan belakang).

Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...