Tuesday 8 November 2016

Kenapa perlu tinggalan pampasan kepada waris?

Tuesday 8 November 2016,10:34 am


"Surirumah terima pampasan kematian suami RM200,000"
" Pampasan daripada kematian anaknya membantu seorang ibu tua untuk meneruskan hidup"

Berikut adalah contoh tajuk akhbar bagi penerimaan pampasan oleh waris. Selalunya waris keluarga/suami/isteri/anak akan menerima pampasan tersebut sekiranya berlaku kematian atau mendapat cacat kekal.


Walaubagaimana pun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy,

"Pada 2015, kira-kira 50% (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90% daripada mereka di bawah perlindungan sebenar yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka"

"Apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mereka,wang untuk keluarga mereka hanya dapat bertahan selama satu atau dua tahun."


Jadi, maksudnya di sini, kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih lagi di bawah perlindungan sebenar (under insured). Bila berada di bawah perlindungan sebenar, waris atau keluarga yang ditinggalkan hanya dapat bertahan 1-2 tahun sahaja sedangkan bebanan semakin meningkat.

Kenapa kita perlu tinggalkan pampasan kepada waris bila kita sudah meninggal dunia?

Langsaikan hutang
Semasa kita hidup kita pasti berhutang bukan? Andai ditakdirkan tiba-tiba kita meninggal dunia, bagaimana dengan hutang piutang kita sebelum ini? Semestinya keluarga yang tinggal terpaksa menghadapi hutang yang kita tinggalkan. Kalau kita tidak tinggalkan apa-apa kepada mereka bagaimana? Di sinilah gunanya duit pampasan berikut. Takkan kita sanggup tinggalkan keluarga dengan beban hutang yang banyak. 

Meneruskan hidup
Yang mati tetap mati, yang hidup perlu teruskan hidup. Katalah selama ini kita sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab terhadap belanja harian keluarga. Dengan erti kata lain hanya kita sahaja yang ada gaji setiap bulan. Isteri tidak bekerja dan ada anak-anak. Kad kredit, rumah, kereta,belanja anak-anak semuanya di bahu kita. Tiba-tiba anda meninggal dunia atau cacat kekal. Bagaimana dengan perbelanjaan yang kita tanggung sebelum ini? Untuk isteri yang tidak bekerja mungkin ambil masa untuk mencari pekerjaan lain. Dengan adanya pampasan yang ditinggalkan sekurang-kurangnya keluarga dapat teruskan hidup walaupun wang tidak dapat menggantikan nilai anda tetapi dapat ringankan beban yang ditanggung. Duit yang ada boleh langsaikan hutang dan dibuat pelaburan untuk masa depan.

Keluarga tidak meminta-minta
Ketiadaan kita akan membuatkan keluarga yang ditinggalkan terbeban. Dengan adanya pampasan ini, keluarga tidak perlu meminta-minta dengan saudara mara yang kita sedia maklum pun ada masalah sendiri.
Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy. "Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/133134?m=1

Bagaimana untuk menetukan  nilai pampasan untuk keluarga?

Katakan perbelanjaan bulanan kita sekarang adalah RM5,000. Darabkan dengan 12 bulan ( Setahun) dan darabkan dengan 10 tahun.

RM5,000 x 12 x 10 = RM600,000

Oleh yang demikian, sebanyak RM600,000 diperlukan oleh keluarga bila anda tiada nanti bagi menampung kehidupan 10 tahun akan datang. 

Kenapa perlu disediakan untuk 10 tahun? Pakar mengesyorkan 10 tahun adalah jangkamasa yang terbaik.

Dengan nilai tersebut, keluarga boleh gunakana untuk membayar hutang, perbelanjaan harian dan membuat pelaburan.

Untuk pelaburan, biasanya memberi pulangan 8%-10%.

RM600,000 x 8% = RM48,000 setahun
RM48,000/12 = RM4,000 sebulan
Maknanya keluarga kita dapat pendapatan RM4,000 setiap bulan


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza
Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy. "Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/133134?m=1
Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy. "Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/133134?m=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...