Wednesday, 23 November 2016

Kenapa Perlu Ambil Insuran Semasa Muda?

Wednesday, 23 November 2016,10:08 pm

Kepentingan insuran

Kesedaran kita terhadap kepentingan insuran pada zaman kini jauh berbeza dari zaman  dulu. Jika dahulu, kepentingan insuran ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting. Kesedaran itu sikit demi sedikit berubah bila banyak pengetahuan dan kesedaran kepentingan insuran disebarkan kepada umum. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan mengambil insuran ketika usia masih muda.

Kenapa?

Beli insuran masa muda


Bayaran Bulanan Murah
Perlu diingat, bayaran bulanan akan lagi murah sekiranya anda masih di usia muda. Semakin anda bertangguh mengambil insuran, semakin mahal bayaran bulanan. Kenapa murah pula? Sebab masa muda risiko untuk sakit adalah rendah.

Komitmen Kurang
Biasanya masa kita masih muda komitmen masih kurang sebab masih bujang dan baru bekerja. Hutang-hutang lain seperti rumah dan kereta biasanya belum ada. Eloklah diperuntukkan sikit untuk insuran.

Risiko Sakit Rendah
Ya betul. Masa muda risiko nak ada penyakit adalah rendah walaupun ada juga yang sakit ketika masih muda. Kalau dah tua biasanya macam-macam penyakit akan datang. Ambillah insuran masa sedang sihat sebab bila dah sakit ada pengecualian pada penyakit sedia ada atau mungkin permohonan anda ditolak. Sedangkan kanak-kanak dan orang muda pun sakit, inikan pula bila dah cecah 40 ke atas. Kenapa perlu bertangguh kan?

Pulangan Tinggi
Boleh dapat pulangan yang tinggi bila tempoh matang insurans. Boleh juga digunakan sebagai simpanan untuk bekalan selepas persaraan.

Tidak Membebankan Keluarga
Bila kita tiba-tiba sakit, tidaklah membebankan keluarga kerana kita telah bersedia dari awal dengan menyediakan perlindungan untuk diri sendiri.


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...