Saturday 14 January 2017

Tips Menyimpan Secara Konsisten

Saturday 14 January 2017,7:47 pm


Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan mengikut kesesuaian keadaan anda bagi menyimpan secara konsisten.

1. Peruntukkan 10% daripada gaji anda untuk menyimpan. Bagi anda yang baru bekerja dan masih belum banyak komitmen hutang, boleh gunakan tips ini. Sebagai contoh gaji sebulan anda adalah RM3,000. 10% adalah RM300. Ada lagi baki RM2700 yang anda boleh rancang kemudian.

2. Ikut keperluan bukan kemahuan. Berbelanja hanya yang perlu sahaja. Senaraikan perkara yang perlu di mana kalau anda tak beli pun masih boleh hidup. Buang perkara2 yang tak perlu. Untuk berbelanja mewah kena ikut kemampuan.

3. Jangan guna kad kredit. Tahukah anda, kebanyakan daripada orang muda sekarang ramai yang muflis kerana penggunaan kad kredit dan tidak mampu nak bayar semula. Semasa guna kad kredit memang 'best' tapi bila bab nak bayar kadang2 liat sedikit. Gunakan kad kredit untuk yang betul-betul perlu sahaja seperti waktu kecemasan dan anda benar-benar boleh bayar semula setiap bulan tanpa tunggakan.

4. Sentiasa buat rekod segala perbelanjaan kita. Dengan rekod ini, kita boleh kenalpasti mana yang perlu dan tidak perlu setiap bulan.

5. Gunakan duit bonus atau komisyen yang anda dapat untuk melunaskan semua hutang. Selesaikan hutang sedikit demi sedikit. Mulakan langsaikan hutang yang sedikit dahulu. Bila hutang dah langsai, duit yang kita bayar hutang sebelum ini boleh digunakan untuk menyimpan. Saya sendiri sudah memulakan membayar hutang dengan menggunakan bonus dan kosmisyen yang dapat.





✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...