PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Monday, 16 January 2017

7 Jars System

Monday, 16 January 2017,8:48 pm

 

Apa itu 7 Jars System? 7 Jars System adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yang diasaskan oleh T Harv Eker. Ianya adalah satu cara untuk menabung. Dalam 6 JARS ada 6 tabung iaitu: 

  • NEC (necessity) - keperluan dan belanja harian 
  • EDU (education)- untuk pembelajaran, buku, kelas 
  • LTSS (long term saving for spending) - untuk keperluan seperti beli rumah atau keperluan yang memerlukan duit yang banyak 
  • FFS (financial freedom) - tabungan hari tua 
  • PLAY (leisure) - tabung untuk hobi, travel 
  • GIVE (charity) - tabung kebajikan dan ditambah 
  • PARENTS (ibubapa) - wang bulanan ibubapa
Bagi saya sendiri masih baru memulakan konsep 7 JARS ini dan masih belum mengamalkan kesemua tabungan yang dicadangkan. Saya hanya memulakan dengan tabungan NEC,FFA dan PARENTS. Perancangan saya di masa akan datang untuk menyediakan kesemua tabungan yang dicadangkan. Bagaimana untuk bermula? Gaji/bonus kita setiap bulan perlu kita bahagikan ikut peratusan (%). Tak kiralah gaji/bonus kita cuma sedikit pun dan kita hanya perlu konsisten dan disiplin dengan simpanan tersebut. Jom kita mulakan HARI INI.


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Sunday, 15 January 2017

6 Fakta Kewangan Rakyat Malaysia

Sunday, 15 January 2017,9:15 pm

 

1. Dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang. [Abd. Aziz Ibrahim, CFP] 

2. Sekitar 25 % daripada jumlah orang yang diisytiharkan muflis dalam negara ini adalah pengguna kad kredit. [Datin Fauziah Mohd Ramly, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri] 

3. Kira-kira 72% pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja. [Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi Lembaga KWSP] 

4. Sebanyak 79% rakyat Malaysia berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka. Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka. [Kajian oleh Mastercard Worldwide ke atas Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna 

5. Kira-kira 60% daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40% pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion. [Satistik Oktober 2006] 

6. Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30% kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun. [AKPK] 

#NotaKewanganRFS

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Saturday, 14 January 2017

Tips Menyimpan Secara Konsisten

Saturday, 14 January 2017,7:47 pm


Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan mengikut kesesuaian keadaan anda bagi menyimpan secara konsisten.

1. Peruntukkan 10% daripada gaji anda untuk menyimpan. Bagi anda yang baru bekerja dan masih belum banyak komitmen hutang, boleh gunakan tips ini. Sebagai contoh gaji sebulan anda adalah RM3,000. 10% adalah RM300. Ada lagi baki RM2700 yang anda boleh rancang kemudian.

2. Ikut keperluan bukan kemahuan. Berbelanja hanya yang perlu sahaja. Senaraikan perkara yang perlu di mana kalau anda tak beli pun masih boleh hidup. Buang perkara2 yang tak perlu. Untuk berbelanja mewah kena ikut kemampuan.

3. Jangan guna kad kredit. Tahukah anda, kebanyakan daripada orang muda sekarang ramai yang muflis kerana penggunaan kad kredit dan tidak mampu nak bayar semula. Semasa guna kad kredit memang 'best' tapi bila bab nak bayar kadang2 liat sedikit. Gunakan kad kredit untuk yang betul-betul perlu sahaja seperti waktu kecemasan dan anda benar-benar boleh bayar semula setiap bulan tanpa tunggakan.

4. Sentiasa buat rekod segala perbelanjaan kita. Dengan rekod ini, kita boleh kenalpasti mana yang perlu dan tidak perlu setiap bulan.

5. Gunakan duit bonus atau komisyen yang anda dapat untuk melunaskan semua hutang. Selesaikan hutang sedikit demi sedikit. Mulakan langsaikan hutang yang sedikit dahulu. Bila hutang dah langsai, duit yang kita bayar hutang sebelum ini boleh digunakan untuk menyimpan. Saya sendiri sudah memulakan membayar hutang dengan menggunakan bonus dan kosmisyen yang dapat.





✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza


Friday, 6 January 2017

Pelaburan PruBSN Platinum Berganda

Friday, 6 January 2017,12:43 pm

Kita baru sahaja menjejakkan kaki ke tahun baru 2017. 2017 dijangka kos hidup akan meningkat. Jadi apa persediaan kita ke arah itu?

Adalah baik sekiranya anda memulakan membuat simpanan dari sekarang bagi persediaan masa -masa akan datang dan juga untuk persaraan anda. Ada yang beranggapan bahawa simpanan di dalam KWSP sudah mencukupi. Kajian menunjukkan bahawa simpanan KWSP hanya dapat bertahan selama 3 tahun selepas persaraan. Bagaimana dengan baki tahun yang tinggal? Bolehkah anda terus hidup dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kos perubatan yang naik tiap-tiap tahun dan hutang piutang yang masih belum langsai semasa anda bersara?


Bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut? Sebagai persediaan, anda boleh mewujudkan AKAUN PERSARAAN YANG KEDUA bagi menambah jumlah wang menjelang persaraan anda. Ada banyak cara untuk anda membuat pelaburan kedua. Antaranya ialah pelaburan patuh syariah dengan PruBSN Platinum.

PruBSN Platinum adalah MONEY MAKE MONEY. Pelan ini menawarkan peluang untuk MENYIMPAN di dalam instrumen yang STABIL dan SELAMAT dan dalam masa yang sama memberikan PULANGAN PELABURAN yang tinggi!

Lihat contoh di bawah bagaimana PruBSN Platinum memberikan PULANGAN yang TINGGI.

CONTOH 1

- Perempuan, 26 tahun, tidak merokok
- PRUBSN Platinum : Vantage
- RM25,000 Sum Covered (4%,8%)
- Tempoh Sumbangan : 15 tahun
- Sijil Matang : Umur 55 tahun
- Accumulate

Sumbangan Bulanan : RM535
Anggaran Jumlah Sumbangan : RM96,300
Anggaran Jumlah Pulangan : RM204,213

CONTOH 2

- Lelaki,36 tahun, tidak merokok
- PRUBSN Platinum : Vantage
- RM25,000 Sum Covered (4%,8%)
- Tempoh Sumbangan : 5 tahun
- Sijil Matang : Umur 55 tahun
- Accumulate

Sumbangan Bulanan : RM1,276
Anggaran Jumlah Sumbangan : RM76,560
Anggaran Jumlah Pulangan : RM130,285


Daripada contoh di atas menunjukkan sekiranya anda masih muda, bayaran bulanan adalah murah berbanding jika anda sudah berusia. Untuk menyediakan pelaburan ini, sebaiknya ketika umur anda masih muda kerana ketika itu anda masih tidak ada komitmen yang besar.

Dengan wujudkan akaun persaraan kedua ini, dapat mengurangkan beban di masa akan datang. Jangan tunggu umur meningkat. Bersedia dari sekarang.


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...