Friday 22 July 2016

HealthEnrich Plus (+) - SmartSaver300

Friday 22 July 2016,8:47 am

Seperti yang saya ada nyatakan dalam HealthEnrich Plus (+) sebelum ini, ada diterangkan berkaitan perlindungan penuh ataupun SmartSaver300. So apa sebenarnya SmartSaver300 ni?

SmartSaver300 ini adalah menggantikan perlindungan penuh atau ko-takaful dalam HealthEnrich. Ko-takaful ini digantikan dengan SmartSaver300. Walaubagaimanapun, SmarrtSaver300 ini tidak sama dengan ko-takaful. Jika sebelum ini, dengan ko-takaful, anda perlu membayar 10% daripada jumlah bil. Makin tinggi bil makin tinggilah 10% yang perlu anda bayar.

Dengan SmartSaver300, anda hanya perlu membayar RM300 sahaja tidak kita berapa pun kos bil anda. Nampak tak perbezaan antara ko-takaful (HealtEnrich) dan SmartSaver300 (HealthEnrich Plus)?

Bayaran RM 300 itu hanya sekali bayaran untuk setiap kemasukan. Sekiranya penyakit yang sama berulang kembali pada anda dan sekiranya dalam masa 90 hari anda di masuk kan semula ke hospital, anda tidak perlu membayar RM 300 tersebut bagi kemasukkan kali ke 2.

Bagi manfaat-manfaat berikut, anda tidak perlu membayar RM300 yang pertama dalam Pelan SmartSaver300.

  1. Bilik dan Penginapan Hospital Harian; dan
  2. Pembantu Perubatan Khas Harian; dan
  3. Pembedahan Harian; dan
  4. Pendapat Perubatan Kedua; dan
  5. Rawatan Kanser (rawatan pesakit luar); dan
  6. Rawatan Dialisis Buah Pinggang (rawatan pesakit luar); dan
  7. Elaun rawatan; dan
  8. Pemindahan organ

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...