Wednesday 17 February 2016

ANAK DEMAM BOLEH CLAIM TAK?

Wednesday 17 February 2016,5:18 pm

Situasi Anak Demam.

"Encik, anak saya ni demam, dah 2,3 kali pergi klinik, boleh tak saya claim?"
InsyaAllah Saya cuba jawab dan terang sebaiknya. Siapa nak tahu ni? 
Medical Kad PruBSN cover bagi kes warded dan juga kes outspatient yang telah berwarded. Macam mana tu?
Ok, kita lihat kes ini. Anak demam, sudah pergi klinik 2,3 kali.
Rawatan 1: 1.1.2015 bil RM100, anak tak warded maka jawapannya tak boleh claim.

Lepas tu, anak meragam lagi,
Rawatan 2: 5.1.2015 bil RM105, anak tak warded juga, maka jawapannya tak boleh claim.
Lepas beberapa hari, anak masih tak sihat... Pergi klinik lagi..
Rawatan 3 : 8.1.2015 bil RM115, anak tak warded juga maka jawapannya tak boleh claim juga

Dan anak kali ini demam lagi teruk! Pergi bawa klinik dan doktor sarankan masuk wad untuk rawatan lebih lanjut.
Ha... Masa ini boleh guna KAD PERUBATAN PRUBSN* untuk membayar bil kos rawatan di hospital.

Katakan berada di wad selama 5 hari, bil RM5000, maka claim lah dengan PruBSN dan dapat elaun wad (jika ada, tertakluk atas polisi masing2) 

Bagaimana bil klinik tadi??
Ok, meh Saya Terangkan.. Tadi Sy kata boleh claim tak? Tak.. Betul.. Bagus.
Ok, bila kes ini telah berakhir di warded, maka bil 30/90 hari** sebelum warded boleh claim dan juga bil 90 selepas warded sebagai susulan.
Jadinya, bil Rawatan 1,2,&3 boleh claim
tak? Jawabnya BOLEH CLAIM

Macam mana nak claim?
Beri resit kepada ejen, ejen akan uruskan. Ala Encik, ejen saya jauh. Kita bertimbang rasa saling bantu membantu, kita pos resit tu, boleh? Kalau Sy boleh je buat macam tu, anda mesti boleh juga kan. 

"Encik, Lepas warded biasa ada susulan juga kan, boleh claim tak? Hehe"
Boleh, anda boleh claim bil untuk tempoh susulan dalam 90 hari selepas warded. Kaedah bayar dulu bil itu, claim kemudian. Minta doktor tulis skit atas resit tu "rawatan susulan demam" dan minta doktor sign dan cop Skit. Pastu bagi ejen buat claim

Tapi kalau lepas rawatan 3 tadi tu, anak dah sihat. Macam mana? Jawapnya.. tak boleh claim lah. 

Kalau kes kemalangan lain pula, warded atau tak warded, boleh claim. Tak de masalah. So, anda boleh faham? Belajar sesuatu? Komen skit. Share la ye. Terima kasih.

Nota
* ikut terma dan syarat
** lihat terma jenis kad/polisi

Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785
IG: suebeleza

1 comment:

  1. Kalau demam terus ke kpj atau hospital mana2 .kita perlu bayar sendiri atau trus bagi card jee tak perlu bayar?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...