Bila kita sebut sahaja tentang insuran dah terbayang tiap-tiap bulan
kita kena keluarkan duit untuk bayar dan rasa sangat membazir.Ditambah
pula kebanyakan daripada kita masih kabur tentang insuran dan manfaat
sekiranya kita mengambil insuran. Tidak dinafikan kurangnya pemahaman
yang khusus di luar sana betapa pentingnya untuk kita mengambil insuran.
Jom kita sama-sama berkongsi kenapa kita perlu mengambil insuran dan
apakah manfaat yang akan kita dapat.
KOS PERUBATAN
Adakah kita tahu bila kita akan mendapat penyakit? Adakah simpanan kita
mencukupi untuk membayar bil-bil hospital dan perubatan? Sekiranya
anda pernah dimasukkan ke hospital, pasti sudah sedia maklum berapa kos
yang perlu dibayar bagi ubat, kemasukan ke wad dan lain-lain prosidur.
Takkan kita nak habiskan simpanan kita semata-mata untuk membayar bil
hospital. Duit simpanan itu juga adalah untuk kegunaan lain. Sementara
masih sihat dan muda, ambillah insuran. Sekiranya telah mendapat
penyakit, orang tersebut tidak akan dilindungi. Pasa masa itu, kalau
anda nak bayar RM1000 sebulan pun tidak akan dilayan. Jadi apa lagi?
Jangan sia-siakan masa sihat anda. Lagi muda umur anda lagi sedikit yang
anda kena bayar setiap bulan.
MUSIBAH
Persiapan sekiranya dilanda musibah kerana kita tidak tahu bila kita mendapat musibah seperti kata pepatah "Malang tidak berbau". Bersedialah dengan segala kemungkinan kerana sekiranya anda telah berkahwin, sekurang-kurangnya isteri,anak-anak dan keluarga kita tidak terbeban.

PENDIDIKAN
Bagi pasangan yang telah mempunyai anak, fikirkan tentang perbelanjaan di masa hadapan. Kos pendidikan semakin meningkat sekarang. Sekurang-kurangnya, bila anak-anak sudah dewasa dan ingin melanjutkan pelajaran, simpanan daripada insuran boleh membantu.

TIDAK DILINDUNGI SYARIKAT SEUMUR HIDUP
Kadangkala, bila agen datang untuk "approch" insuran, jawapan yang diberikan ialah
"Alah, aku kerja kat xxxx ni banyak gaji,
lagipun company aku cover semua bil perubatan untuk aku dan anak aku
sekali. Buat apa aku nak membazir ambik insuran ni"
Untuk makluman,
sekiranya anda tiba-tiba jatuh sakit dan pihak syarikat tidak lagi mahu
menggaji anda kerana kerap mengambil MC dan diberhentikan kerja, adakah
bil perubatan anda ditanggung oleh pihak syarikat? Tidak bukan. Jadi,
apa yang terlintas di fikiran anda ketika itu? Mesti anda akan terfikir
alangkah bagusnya sekiranya aku ambil insuran dulu. Tetapi perlu
diingat, insuran tidak akan melindungi penyakit sedia ada. Pada masa
ini, sudah pasti duit simpanan anda menjadi sasaran.
Bila sudah tiada kerja, isteri dan anak2 juga menerima tempias.
Fikirkanlah sebaiknya untuk merancang kewangan dan masa depan anda.
Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need
Anna 012-6888 266
Nizam 012-7787 785