Tuesday, 14 February 2017
Penyelesaian Hibah Takaful : MRTA
Tuesday, 14 February 2017,4:51 pm
4:51 pm
No comments
TAHUKAH ANDA???
Rupanya kalau kita meninggal, rumah tu TAK jadi hak milik penuh isteri kita.
Masa sign agreement rumah, bank wajibkan beli MRTA (insurans rumah).
Rumah jadi PERCUMA kalau peminjam MENINGGAL DUNIA @ CACAT KEKAL sahaja.
Kalau terkena PENYAKIT KRITIKAL macam mana pula???
Still kena bayar la...kalau si suami dah TAK BERUPAYA nak kerja, siapa yang kena bayar??
Si isteri la..
(Nak senang ingat MRTA = Mati Rumah Tetap Ada)
Bila orangnya mati, rumah memang jadi PERCUMA, tapi harta tu akan dibahagikan ikut FARAID.
Isteri dapat 1/8 bahagian. Kalau rumah apartment harga RM 250,000, isteri hanya dapat RM 31,250.
Apa jadi 7/8 bahagian yg lain?
Dibahagi bahagikan ikut bahagian mak 1/6, ayah 1/6, anak lelaki 2 asabah & anak perempuan 1 asabah.
Kalau ada yang MENUNTUT HAK MEREKA terhadap rumah tu macam mana??
Kenalah ada STANDBY TUNAI siap2 utk membayar sesiapa yg membuat tuntutan agar rumah itu tidak perlu dijual...
Kalau TAK DE CASH IN HAND..Sebab tu lah banyak case rumah TERPAKSA DI JUAL , anak isteri terpaksa menyewa..ðŸ˜ðŸ˜
Oooo gitu.
Patutla ramai kawan2 apply Hibah Takaful sekarang ni. Alternatif untuk Faraid.
HIBAH TAKAFUL
PENYELESAIAN TERPANTAS PENGURUSAN HARTA ANDA..
✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza
Credit FB Afiq Norddinin
Saturday, 4 February 2017
Penjelasan Kenapa Anda Memerlukan Takaful
Saturday, 4 February 2017,11:25 pm
11:25 pm
No comments
[PENJELASAN KENAPA ANDA MEMERLUKAN TAKAFUL]

Takaful Keluarga sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi kepada individu yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
Malangnya, ramai yang tidak sedar kepentingan takaful ini kerana ia adalah satu servis yang hanya akan ternampak kebaikannya setelah sesuatu yang buruk berlaku kepada individu terbabit dan sudah tentu, kita tidak inginkannya terjadi kepada diri kita.
Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai memahami kenapa takaful penting, kami bawakan beberapa situasi bagi menjelaskan kenapa takaful begitu penting dan sepatutnya menjadi keperluan setiap individu.
1 - KELUARGA
Ahmad Ridha merupakan seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang masing-masing berumur 5 dan 2 tahun. Satu hari, ketika Ahmad Ridha dalam perjalanan ke tempat kerja, keretanya dilanggar bas dan malang buat Ahmad Ridha, dia maut di tempat kejadian.
Jika Ahmad Ridha sudah mengambil takaful: Isteri dan anak-anaknya akan menerima duit pampasan dari syarikat takaful Ahmad Ridha dan lalu boleh meneruskan hidup menggunakan duit tersebut sementara isterinya mencari kerja lain.
Jika Ahmad Ridha belum mengambil takaful: Isteri Ahmad Ridha terpaksa bergantung hidup kepada saudara mara terdekat dan juga terpaksa mencari sumber pendapatan bagi menampung jumlah perbelanjaan keluarga dengan segera.
2 - PINJAMAN / LOAN
Rizal merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Malaysia. Dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta pertamanya. Satu hari, ajal menjemput Rizal. Rizal pergi dalam keadaan hutangnya masih belum dibayar walaupun sesen pun. (P/S : situasi ini juga boleh diaplikasikan pada pinjaman-pinjaman lain)
Jika Rizal sudah mengambil takaful: Ibu bapa Rizal boleh melangsaikan hutang Rizal menggunakan duit pampasan yang diterima dari syarikat takaful. Mungkin juga hutang Rizal boleh diselesaikan secara sekali bayar menggunakan duit pampasan tersebut. Atau paling kurang pun boleh menampung separuh/suku dari hutang Rizal.
Jika Rizal belum mengambil takaful: Ibu bapa Rizal perlu berhempas pulas mengorek wang simpanan mereka untuk membayar hutang Rizal. Ibu bapa mana yang mahu anak mereka pergi dalam keadaan berhutang?
3 - TERDESAK KETIKA MEMERLUKAN
Anwar seorang yang berpendapatan sederhana. Beberapa hari lepas, dia disahkan oleh doktor menghidap barah dan doktor berkata pembedahan perlu dibuat dengan segera untuk membuang barah tersebut.
Jika Anwar sudah mengambil takaful: Anwar tidak perlu risau dengan kos perubatan kerana ia akan dibayar oleh syarikat takafulnya (paling kurang separuh).
Jika Anwar belum mengambil takaful: Anwar akan termenung memikirkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung olehnnya. Dia juga ada memikirkan untuk meminta derma dari orang ramai untuk menanggung kos pembedahan itu.
4 - KETENANGAN
Hanif merupakan seorang pekerja kerajaan. Dia mempunyai seorang anak. Satu hari Hanif kemalangan teruk dan kini dia di hospital kerana kecederaan dalaman yang teruk dan doktor mengatakan dia hanya mempunyai beberapa hari untuk hidup.
Jika Hanif sudah mengambil takaful: Hanif sudah tidak perlu memikirkan soal duit anaknya, sekurang-kurangnya buat masa terdekat kerana syarikat takaful akan memberikan pampasan. Hanif boleh 'pergi' dengan lebih tenang dan kebimbangan tentang makan, minum dan pembelajaran anaknya boleh dikurangkan.
Jika Hanif belum mengambil takaful: Hanif kini pasti dalam keadaan gusar tentang masa depan anaknya. Dan kini, Hanif pasti menyesal tidak mengambil takaful sebelum ini.
***
Kesimpulannya, takaful boleh diibaratkan sebagai "menyediakan payung sebelum hujan". Rasanya, bayaran bulanan takaful tidaklah mahal mana pun tetapi kebaikannya boleh dikatakan besar ketika kita berada dalam saat memerlukan.
Diharap dengan sedikit pencerahan dalam artikel ini mampu membuka mata orang ramai tentang kepentingan takaful - My Kewangan
Belum ada TAKAFUL? Jangan berlengah lagi. Jangan menyesal bila tak ada takaful.
✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza
Subscribe to:
Posts (Atom)