Monday, 28 December 2015

Pampasan@Sum Covered

Monday, 28 December 2015,1:16 pm


Pernah tak anda mendengar keluarga menerima pampasan kematian sekiranya ada ahli keluarga yang meninggal dunia? Mesti pernah kan? Selalunya waris keluarga/suami/isteri/anak akan menerima pampasan tersebut sekiranya berlaku kematian atau mendapat cacat kekal. Dalam bahasa takaful, pampasan itu adalah sama maksudnya dengan Sum Covered. Pernahkah anda yang telah memiliki insuran ni check berapa Sum Covered anda? RM20,000? RM30,000? atau RM100,000?

Anda rasa adakah cukup nilai yang anda tinggalkan kepada keluarga anda sekiranya anda ditimpa malapetaka? Ketika saat anda sudah tiada atau tidak mampu lagi un tuk bekerja menyara keluarga, Sum Covered inilah yang akan membantu. Oleh yang demikian, lagi banyak Sum Covered yang anda tinggalkan, adalah lebih baik bagi membatu waris anda meneruskan kehidupan di masa akan datang.

Bagaimana cara untuk anda menentukan Sum Covered anda?

Secara amnya, Sum Covered perlulah mengambil kira keperluan semasa keluarga.

  1. Anggarkan perbelanjaan anda sebulan ataupun gaji bersih/pendapatan anda sekarang.
  2. Darabkan dengan 12 bulan (1 tahun)
  3. Darabkan dengan 10 tahun
RM5000 x 12 x 10 = RM600,000

RM600,000 inilah yang akan waris anda dapat bagi meneruskan hidup bagi 10 tahun akan datang. Dengan duit sebanyak ini, boleh memberi ruang untuk waris anda merancang dan merencana perancangan kehidupan bagi hari-hari mendatang. Dengan duit ini juga boleh dilipat gandakan sekiranya waris anda bijak menyimpan ataupun membuat pelaburan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada pampasan kepada waris anda ataupun jumlah yang ditinggalkan adalah sedikit? Mungkin anda sudah ada jawapannya. Oleh yang demikian, selalulah review polisi anda dan cuba check berapa Sum Covered yang anda sediakan kepada waris anda nanti.


Kawan anda semasa anda memerlukannya 
Your friend when you most need 

Anna 012-6888 266 
Nizam 012-7787 785

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...