PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Showing posts with label PruBSN Warisan. Show all posts
Showing posts with label PruBSN Warisan. Show all posts

Wednesday, 17 January 2018

Polisi 1 juta : Polisi Wajib Setiap Keluarga

Wednesday, 17 January 2018,12:29 am

polisi 1 juta

Sebelum ini saya ada terangkan berkaitan Polisi 1 juta di mana jika pemegang polisi meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit, makan PruBSN Takaful akan menyerahkan cek bernilai RM1,000,000 kepada keluarga? Agak2kan, berapa lama jangkamasa kita perlukan untuk kumpulkan RM1,000,000 tu? Kalau dicongak2, dikira2 lama jugak nak kumpulkan nilai sebanyak tu dan bergantung juga pada umur masa kita mula-mula menyimpan.

Macammana caranya untuk kita sediakan perlindungan RM1,000,000 kepada keluarga kita? Jom kita lihat contoh kiraan di bawah

Jantina                      : Lelaki
Umur                        : 30 tahun
Pekerjaan                 : Kelas 1
Status Merokok       : Ya
Terma Pembayaran : 40 tahun
Sumbangan             : RM561 sebulan

Jantina                    : Lelaki
Umur                      : 26 tahun
Pekerjaan                : Kelas 1
Status Merokok      : Ya
Terma Pembayaran : 44 tahun
Sumbangan             : RM489 sebulan

Contoh kiraan di atas adalah anggaran berdasarkan jantina, umur, kelas pekerjaan dan status merokok. Sekiranya anda masih muda, bayaran bulanan adalah rendah berbanding umur yang telah meningkat. Dengan PruBSN Warisan, anda boleh memilih terma pembayaran samada 5,10,20 atau pembayaran penuh bergantung kepada kemampuan anda.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan quotation, boleh hubungi saya terus. Lindungilah keluarga dengan meninggalkan mereka dalam keadaan KAYA supaya tidak terbeban dengan hutang yang kita tinggalkan.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Thursday, 27 April 2017

Hibah VS Wasiat

Thursday, 27 April 2017,12:48 pm


Apa itu HIBAH TAKAFUL?

Hibah adalah pemberian, sedekah atau hadiah berjumlah wang pampasan kepada seseorang setelah kita meninggal dunia tanpa melalui kiraan FARAID  dan harta pusaka. Antara kepentingan hibah adalah 
  1. Aset tunai tinggi untuk yang tersayang
  2. Menyelesaikan hutang yang ditinggalkan
  3. Mengelak perebutan harta
  4. Tidak boleh dituntut oleh waris yang lain
  5. Tiada kos guaman dan mahkamah
  6. Pembahagian mengikut hasrat pemberi
Kenapa hibah adalah penting?

Tahukah anda sekiranya berlaku kematian, semuanya akan dibekukan dan tidak boleh dipindah milik iaitu rumah, akaun bank, simpanan, ASB/ASN, hartanah, tabung haji, KWSP, kad kredit dan lain-lain. Dan berdasarkan rekod, terdapat RM67 billion harta pusaka terbeku. Di sinilah kepentingan dengan adanya hibah. Duit atau harta yang dibekukan membuatkan waris anda sukar untuk meneruskan kehidupan. Dengan hibah ini waris anda akan dapat aset tunai dengan cepat sementara menunggu proses pengagihan harta selesai.

Contoh konsep HIBAH adalah seperti berikut:

Contoh 1
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 100%
Dihibahkan kepada : Isteri

Sekiranya berlaku kematian, maka isteri akan menerima RM100,000 tanpa perlu difaraidkan dengan cara yang terbaik adalah dengan membuat Surat Pengisytiharan Hibah. Surat Pengisytiharan Harta ini mesti didokumentasikan agar ia menjadi bukti sah dan kuat.

Contoh 2
Nilai sijil takaful : RM100,000
Peratus dihibahkan : 25% setiap seorang anak
Dihibahkan kepada : 4 orang anak
Nilai dihibahkan setiap anak: RM25,000

Sekiranya berlaku kematian, maka anak akan menerima nilai hibah mengikut % yang telah ditentukan mengikut kemahuan si bapa. Jika jumlah perlindungan Takaful yang diambil berjumlah RM1,000,000 caruman yang dibayar oleh peserta takaful tersebut adalah lebih kurang 3% sahaja daripada perlindungan RM1,000,000 tersebut setiap tahun.

Takaful adalah satu bentuk ikhtiar yang mudah,murah,cepat dan pasti dalam pembentukan harta pusaka.

Kelebihan yang paling nyata hibah takaful adalah harta pusaka melalui takaful ini ialah apabila berlaku kematian, jumlah polisi (RM1,000,000) tidak akan dibekukan. Menurut akta takaful, mana-mana waris yang dinamakan dalam Surat Pengisytiharan Harta sebagai penerima hibah akan mendapat tunai secara segera untuk meneruskan kehidupan mereka.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Tuesday, 25 April 2017

Meninggal Mengejut

Tuesday, 25 April 2017,10:01 pm

Meninggal Mengejut

Yang hidup pasti mati tapi tak tahu bila mati.

Selalu tak dengar tentang meninggal mengejut? Biasanya orang yang meninggal mengejut ni kita tau dia tak ada sakit apa2 pun. Tiba2 pengsan dan disahkan meninggal. Kita tak jangka pun. Macam tu jugak yang mati kemalangan. Elok je kita nampak hari ni, esok dah tak ada. So memang mati ni tak ada yang tahu masanya bila....

Apa persediaan kita?

Kalau kita dah berkeluarga, ada anak isteri, apa jaminan kita bila kita dah tak ada terutama isteri yang mmg harapkan 100% pendapatan kita?

Simpanan? Ya. Itu salah satu persediaan kita. Kalau tiba2 kita 'pergi' dan waris kita dapat 1 juta, apa yang mereka boleh buat dengan duit tu? Banyak yang boleh dibuat ye. Boleh buat pelaburan, simpanan, perbelanjaan bulanan, anak2 dan sebagainya. Berapa lama masa untuk kita menyimpan untuk dapat 1 juta tu?

Dah sediakan perlindungan dan hibah untuk keluarga? Kalau belum fikir lagi. Bertindak sekarang!

                                            ✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
 Suziana 012-6888 266 
 Nizam 012-7787 785 
 Takaful Consultant 
 IG: suebeleza

Friday, 16 December 2016

Kempen HIBAH

Friday, 16 December 2016,2:04 pm




Jom kita HIBAH kan kepada family kita. Tak rugi pun. Dengan PRUBSN WARISAN, sehingga 31 Disember 2016, perlindungan dari 350k sehingga 4 juta tanpa melalui PEMERIKSAAN KESIHATAN. Bermula 1 Januari 2017, perlindungan dengan PRUBSN WARISAN akan menjadi 500K. Jomlah kita sama-sama berhibah. Bayaran bulanan masih MURAH lagi terutama anda yang masih MUDA DAN SIHAT.

Sebagai ketua keluarga, adalah WAJIB kita menyediakan perlindungan yang secukupnya kepada anak-anak dan isteri.

PRUBSN Warisan sangat sesuai bagi isteri-isteri yang tidak bekerja bagi memastikan tidak hilang mata pencarian. Apa kata SUAMI semua HIBAHkan kepada isteri dan anak-anak sebagai langkah awal.

Sekurang-kurangnya beban hutang yang ditinggalkan dan perbelanjaan harian dapat dikurangkan.
  1. Dengan PRUBSN WARISAN, anda dapat menyediakan penggantian gaji buat waris untuk jangkasama 10 tahun atau lebih. 
  2. Bagi perlindungan sehingga 1.5 juta tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan. 
  3. HIBAH kan terus kepada waris tanpa melalui FARAID.

Sebagai contoh: 
Lelaki berumur 30 tahun, tidak merokok, pekerjaan kelas pertama, perlindungan untuk keluarga RM350,000.00

Bayaran bulanan adalah RM146 dan anggaran cash value adalah RM52,000.00

Lelaki ini telah meninggalkan RM350,000.00 kepada keluarga sekiranya beliau meninggal dunia nanti.

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Agen insuran sibuk nak ambil duit orang?

,1:51 pm

Cc FB Tuan Mohd Nazrin PruBsn Takaful
FB Pu atiq


*******************************************************************
Pang! Kene soalan sebiji waktu tengah bentang takaful pada kawan kawan..

Ada seorang hamba ni memberikan pandangan dia tentang agen-agen takaful..

"Korang agen insurance ni, sibuk je nak ambil duit orang..Kalut call, sms, whatapps apa semua..

Semua nak duit kitorang je sebenarnya"..
Saya pun tarik nafas dalam dalam sambil pandang beliau dengan penuh kasih sayang dan saya balas..

"Sahabat, jika ikutkan tahap saya ini, saya tak perlu dah duit sahabat, Jika RM150 saja, berapa sangat lah komisyen saya..Saya ramai lagi client saya yang mencarum RM400 sebulan, RM1000 sebulan, RM3000 sebulan untuk satu keluarga..

Kalau RM150, saya kalau ikutkan saya tak kisah sahabat nak ambil atau taknak"..Saya berhenti sekejap dan saya dapat lihat reaksi terkejut di mukanya..lalu saya sambung..

" Tapi disebabkan saya pernah handle cases client saya..Bila lihat bil dekat RM5000-RM40,000 fully dicover oleh Prudential BSN Takaful,that the time i believe, i have to tell anyone about the beauty of takaful..

Apabila family diberi pampasan RM100,000 apabila ibu atau ayah meninggal, bukankah itu meringankan beban family yang baru ditimpa musibah?

Bukan kah itu sedekah yang boleh memberatkan saham akhirat mak ayah kita?

Apabila seluruh operation dicover oleh PruBSN , bukankah ia menyelamatkan kewangan family dari berhutang sana sini untuk bayar kos perubatan yang boleh mececah ratusan ribu ringgit?

Apabila mak ayah meninggalkan anak yang masih kecil,Prudential akan beri FREE polisi savings dan medical card sampai umur 25 tahun..

Maknanya anak kita pada umur 25, walaupun tiada ibu ayah,dalam savings takaful ada dalam RM25,000 ke RM40,000 dan dapat masuk mana mana hospital swasta tanpa perlu apa-apa bayaran..

Bukankah ini membantu anak kita yang sudah tiada ibu ayah?

Bukankah ini membantu anak kita untuk melanjutkan pelajaran dengan wang simpanan dalam takaful tersebut?"..

Sahabat saya pun senyap sambil mengangguk perlahan lahan..
Saya pun beri kata-kata terakhir..

"Banyak lagi kelebihan takaful jika saya ingin ceritakan..Ramai yang tak faham apa peranan takaful..

Ramai yang rasa agen takaful ini gila kejar orang..

But bear in your mind..When you sick, pasti anda datang mencari kami..dan pada waktu itu kami pun rasa sakit dan pedih yang amat amat sangat bila kami hanya mampu melihat..Kami dah tak boleh buat apa-apa untuk bantu kamu waktu itu"..

Habis saja saya cakap tu, bila nampak dia termenung jauh dan rasa suasana perbualan makin tegang,
Saya pun ubah tajuk lain supaya suasana jadi tenang semula..dan kami pun minum dan makan sampai kenyang..

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza


Thursday, 1 December 2016

PruBSN WARISAN vs Bank

Thursday, 1 December 2016,2:37 pm

Biarlah gambar berbicara😀😀. Cuba anda bayangkan anda simpan RM250 sebulan di bank. Pada tahun ke-10 anggaran yang anda dapat adalah RM33,000. Tiba2 keluarga anda diuji dengan "pemergian" anda untuk selamanya. Segala harta dan simpanan anda akan menjadi beku bila anda dah meninggal dunia. Keluarga tak akan dapat terus harta dan simpanan yang anda tinggalkan. Keluarga perlu melalui proses FARAID.

Berbeza pula sekiranya anda telah melindungi keluarga anda dengan WARISAN. Anda telah HIBAH kan sejumlah wang untuk mereka. Sebagai contoh anda hibahkan sebanyak RM350,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM250. Andai anda meninggal dunia, keluarga akan dapat jumlah wang yang telah dihibahkan tanpa perlu melalui proses HIBAH. Proses pula hanya mengambil masa maksimum 1 bulan. Dengan duit pampasan yang diterima oleh keluarga dapat membantu mereka merancang kewangan dan meneruskan kehidupan.

Tidak kan anda mahu keluarga anda hidup dengan selesa sekiranya anda telah meninggal dunia kelak? Mereka juga tidak perlu meminta2 dengan saudara mara atau kawan2 yang sudah pun ada komitmen mereka sendiri.


#prubsnwarisan
#hibahtakaful
#pampasan

✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Monday, 17 October 2016

Perlindungan Tinggi dengan PRUBSN Warisan

Monday, 17 October 2016,1:52 pm


Ketua keluarga biasanya mempunyai tanggungjawab terhadap komitmen bayaran rumah, kereta, perbelanjaan harian, perbelanjaan anak dan sebagainya.

TETAPI

Apa yang akan terjadi sekiranya ketua keluarga kita hilang upaya, tiada atau meninggal dunia? Bila hilang upaya atau meninggal dunia maksudnya tiada lagi ketua keluarga yang menyara kehidupan seharian. Siapa pula yang akan menanggung perbelanjaan? Sebagai ketua keluarga apa yang kita tinggalkan untuk keluarga yang tinggal? Hutang? Duit simpanan?

Perlu diingat, apabila meninggal dunia,
  1. Semua ASET dibekukan (akaun bank,kad kredit dan lain-lain aset)
  2. Keluarga mewarisi hutang si mati (Keluarga berpecah belah)
  3. Simpanan pendidikan anak-anak terganggu
  4. Perebutan harta pusaka (mengikut Faraid, si isteri hanya mewarisi 1/8 daripada harta dan sifat tamak menyebabkan perebutan harta pusaka di kalangan keluarga)
Walaubagaimanapun, dengan adanya HIBAH
  1. Penerima manfaat adalah penerima mutlak. Tidak perlu melalui proses Faraid
  2. Penggantian Pendapatan bagi belanja sara hidup keluarga dan boleh digunakan untuk melangsaikan hutang dan pendidikan anak-anak
  3. Aliran tunai segera/sara hidup keluarga sementara harta pusaka dalam proses pengagihan

Oleh yang demikian,PRUBSN Warisan adalah alternatif HIBAH TAKAFUL.


Antara manfaat PRUBSN Warisan adalah:
  1. Minimun Sum Covered adalah RM500,000.00 dan dibayar kepada penama hibah takaful. Maksimum  Sum Covered tiada had. Tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan bagi sum covered dari RM500,000- 2,000,000.
  2. Bagi TPD (Total Permanent Disability) pampasan lumpuh kekal, had kepada 4 juta. Jika pampasan kurang dari 1 juta, akan dibayar sekaligus. Jika pampasan lebih 1 juta, 1 juta akan diberi terlebih dahulu dan bakinya pada ulangtahun berlakunya lumpuh kekal.
  3. Dengan PRUBSN Warisan, ada manfaat tambahan (riders) iaitu Crisis Protector, Accidental Protector dan Contributor.
  4. Crisis Protector akan dibayar sekiranya berlaku penyakit kritikal dalam tempoh perlindungan dan tidak memberi kesan kepada pampasan kematian. Minimum Sum Covered adalah RM10,000 dan maksimum adalah 3 juta.
  5. Accidental Protector adalah  manfaat akibat kemalangan. Minimum adalah RM20,000 dan maksimum bawah 2 juta atau 5 kali daripada nilai pampasan kematian.
  6. Contributor pula sekiranya orang yang dilindungi mendapat menyakit kritikal, pelan ini akan berterusan sehingga maturity atau meninggal dunia.
  7. Benefit term (expiry age) adalah 70 atau 80 tahun.
  8. Contributor term (5,10,20 tahun atau full term).
PRUBSN Warisan adalah direka bagi memenuhi keperluan untuk meninggalkan warisan buat yang tersayang dalam bentuk HIBAH. Atas rasa tanggungjawab kita terhadap keluarga apabila kita telah tiada nanti, PRUBSN Warisan mampu mengurangkan beban yang ditanggung andai berlakunya musibah.


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...