PruBSN Takaful

Perlindungan, Simpanan,Kad Perubatan dan Umrah/Haji

Produk HealthEnrich

HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced, HealthEnrich Premier

Tempoh Menunggu (Waiting Period)

Kad Perubatan yang anda terima tidak boleh digunakan serta-merta dan hanya melindungi anda daripada kos rawatan dan penyakit spesifik hanya selepas 120 hari @ 4 bulan. Oleh yang demikian, rancanglah segera dengan mengambil Kad Perubatan kerana kita tidak tahu bila sesuatu yang tidak diingini pada kita berlaku

PruBSN Employee Benefit

Anda ada syarikat? Anda ada Staff? Sertai PruBSN Employee Benefit bagi kepentingan staff anda

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink bukanlah pengganti akan Tabung Haji anda tetapi adalah pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Showing posts with label Insuran. Show all posts
Showing posts with label Insuran. Show all posts

Wednesday, 23 November 2016

Kenapa Perlu Ambil Insuran Semasa Muda?

Wednesday, 23 November 2016,10:08 pm

Kepentingan insuran

Kesedaran kita terhadap kepentingan insuran pada zaman kini jauh berbeza dari zaman  dulu. Jika dahulu, kepentingan insuran ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting. Kesedaran itu sikit demi sedikit berubah bila banyak pengetahuan dan kesedaran kepentingan insuran disebarkan kepada umum. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan mengambil insuran ketika usia masih muda.

Kenapa?

Beli insuran masa muda


Bayaran Bulanan Murah
Perlu diingat, bayaran bulanan akan lagi murah sekiranya anda masih di usia muda. Semakin anda bertangguh mengambil insuran, semakin mahal bayaran bulanan. Kenapa murah pula? Sebab masa muda risiko untuk sakit adalah rendah.

Komitmen Kurang
Biasanya masa kita masih muda komitmen masih kurang sebab masih bujang dan baru bekerja. Hutang-hutang lain seperti rumah dan kereta biasanya belum ada. Eloklah diperuntukkan sikit untuk insuran.

Risiko Sakit Rendah
Ya betul. Masa muda risiko nak ada penyakit adalah rendah walaupun ada juga yang sakit ketika masih muda. Kalau dah tua biasanya macam-macam penyakit akan datang. Ambillah insuran masa sedang sihat sebab bila dah sakit ada pengecualian pada penyakit sedia ada atau mungkin permohonan anda ditolak. Sedangkan kanak-kanak dan orang muda pun sakit, inikan pula bila dah cecah 40 ke atas. Kenapa perlu bertangguh kan?

Pulangan Tinggi
Boleh dapat pulangan yang tinggi bila tempoh matang insurans. Boleh juga digunakan sebagai simpanan untuk bekalan selepas persaraan.

Tidak Membebankan Keluarga
Bila kita tiba-tiba sakit, tidaklah membebankan keluarga kerana kita telah bersedia dari awal dengan menyediakan perlindungan untuk diri sendiri.


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi
Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Tuesday, 8 September 2015

Kenapa kita perlu ambil insuran?

Tuesday, 8 September 2015,12:54 pm

Bila kita sebut sahaja tentang insuran dah terbayang tiap-tiap bulan kita kena keluarkan duit untuk bayar dan rasa sangat membazir.Ditambah pula kebanyakan daripada kita masih kabur tentang insuran dan manfaat sekiranya kita mengambil insuran. Tidak dinafikan kurangnya pemahaman yang khusus di luar sana betapa pentingnya untuk kita mengambil insuran. Jom kita sama-sama berkongsi kenapa kita perlu mengambil insuran dan apakah manfaat yang akan kita dapat.
KOS PERUBATAN
Adakah kita tahu bila kita akan mendapat penyakit? Adakah simpanan kita mencukupi untuk   membayar bil-bil hospital dan perubatan? Sekiranya anda pernah dimasukkan ke hospital, pasti sudah sedia maklum berapa kos yang perlu dibayar bagi ubat, kemasukan ke wad dan lain-lain prosidur. Takkan kita nak habiskan simpanan kita semata-mata untuk membayar bil hospital. Duit simpanan itu juga adalah untuk kegunaan lain.  Sementara masih sihat dan muda, ambillah insuran. Sekiranya telah mendapat penyakit, orang tersebut tidak akan dilindungi. Pasa masa itu, kalau anda nak bayar RM1000 sebulan pun tidak akan dilayan. Jadi apa lagi? Jangan sia-siakan masa sihat anda. Lagi muda umur anda lagi sedikit yang anda kena bayar setiap bulan.
MUSIBAH
Persiapan sekiranya dilanda musibah kerana kita tidak tahu bila kita mendapat musibah seperti kata pepatah "Malang tidak berbau". Bersedialah dengan segala kemungkinan kerana sekiranya anda telah berkahwin, sekurang-kurangnya isteri,anak-anak dan keluarga kita tidak terbeban.
PENDIDIKAN
Bagi pasangan yang telah mempunyai anak, fikirkan tentang perbelanjaan di masa hadapan. Kos pendidikan semakin meningkat sekarang. Sekurang-kurangnya, bila anak-anak sudah dewasa dan ingin melanjutkan pelajaran, simpanan daripada insuran boleh membantu.
TIDAK DILINDUNGI SYARIKAT SEUMUR HIDUP
Kadangkala, bila agen datang untuk "approch" insuran, jawapan yang diberikan ialah
"Alah, aku kerja kat xxxx ni banyak gaji, lagipun company aku cover semua bil perubatan untuk aku dan anak aku sekali. Buat apa aku nak membazir ambik insuran ni"
Untuk makluman, sekiranya anda tiba-tiba jatuh sakit dan pihak syarikat tidak lagi mahu menggaji anda kerana kerap mengambil MC dan diberhentikan kerja, adakah bil perubatan anda ditanggung oleh pihak syarikat? Tidak bukan. Jadi, apa yang terlintas di fikiran anda ketika itu? Mesti anda akan terfikir alangkah bagusnya sekiranya aku ambil insuran dulu. Tetapi perlu diingat, insuran tidak akan melindungi penyakit sedia ada. Pada masa ini, sudah pasti duit simpanan anda menjadi sasaran.
Bila sudah tiada kerja, isteri dan anak2 juga menerima tempias. Fikirkanlah sebaiknya untuk merancang kewangan dan masa depan anda.


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...